Translate

19/02/2018

PROJEK KRONI TUN MAHATHIR KERUGIAN FOREX RM30 BILION

PROJEK KRONI TUN MAHATHIR: PENGAMBILALIHAN MAS OLEH TS TAJUDDIN RAMLI MEMPUNYAI HUBUNG KAIT DENGAN KERUGIAN FOREX RM30 BILION!!!.

Tan Sri Tajuddin Ramli merupakan tokoh korporat yang hampir2 dijadikan korban atau kambing-hitam gara2 beliau menguasai saham utama MAS dan telah dilantik menerajui MAS dari tahun 1994-2001. TS Tajuddin bernasib baik kerana telah mementerai PERJANJIAN RAHSIA antara beliau, Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.

Kisahnya bermula pada tahun 1994 apabila TS Tajuddin Ramli mengambil pinjaman dari beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjumlah RM1.79 bilion untuk membeli saham utama MAS 32% bersamaan RM8 seunit saham yang akhirnya kerajaan kerugian besar 7 tahun kemudian. Ketika itu MAS mempunyai antara RM600-RM800 juta di dalam bentuk rizab tunai.

TS Tajuddin dan MAS mengalami krisis kewangan yang teruk pada tahun 1997. Pada tahun 2000 sebagai langkah terakhir, kerajaan terpaksa membeli semula (bailout) saham MAS dari TS Tajuddin pada harga RM8 sesaham yang mana harganya sama ketika MAS dibeli Tajuddin 7 tahun dulu. Bezanya, MAS hampir bangkrap!.

MAS telah kerugian RM256 juta pada tahun fiskal berakhir 1998 dan menjelang hujung tahun fiskal 2000, ia telah kerugian RM255.7 juta lagi. Apabila kerajaan membeli semula saham MAS dari TS Tajuddin, harga sesaham MAS ketika itu hanyalah RM3.68!!!.

Pembelian saham MAS oleh kerajaan pada harga RM8 seunit saham bernilai RM1.8 bilion adalah disama ertikan dengan 'bailout'! memandangkan saham semasa hanyalah RM3.68 seunit saham. Sejak tahun 1994 hingga tahun 2000 kerugian MAS secara keseluruhan dianggarkan sebanyak RM20 bilion duit pembayar cukai.

Pada 11hb Mei 2006 Danaharta dan Danaharta Urus serta Danaharta Managers syarikat GLC pengurusan aset negara, menyaman TS Tajudin bagi menuntut pembayaran baki hutang RM598 juta kepada pinjaman RM1.79 bilion yang belum dijelaskan lagi.

Sebelum itu pada 31hb Disember 2005 melalui surat guaman, TS Tajudin dituntut bayar kepada Pengurusan Danaharta dan 2 anak syarikatnya jumlah asas pinjaman sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah 2% di atas kadar pinjaman asas Malayan Banking dibayar pada 1hb Januari 2006 sehingga selesai semuanya.

Kegagalan TS Tajuddin membayar hutangnya menyebabkan Danaharta mengambil keputusan menjual Technology Reources Industries Bhd (TRI). Telekom Malaysia (TM) membeli kepentingan Tajuddin dalam TRI daripada Danaharta melibatkan 260.87 juta saham TRI atau 13.14% dibuat melalui anak syarikat milik penuh TM, Telekom Enterprise Sdn. Bhd. (TESB) secara tunai dengan harga RM717 juta atau RM2.75 sesaham. Sebelum ini TRI menguasai Celcom (Malaysia), syarikat perkhidmatan telekomunikasi selular ke 2 terbesar di Malaysia. Danaharta juga hendak menjual 44.84 % (309.65 juta) saham milik TS Tajuddin dalam NALURI yang memiliki 4.57% dalam TRI secara tender kerana gagal membayar RM130.44 juta.

Ekoran itu pada 29hb Jun 2006 TS Tajuddin failkan SAMAN BALAS melalui peguam Lim Kian Leong & Company menuntut RM6.25 bilion daripada TM dan 12 lagi defendan berhubung penjualan saham TRI oleh Danaharta. Beliau juga menuntut ganti rugi RM7.2 bilion daripada kesemua 24 defendan.

Kes ini dikategorikan berprofail tinggi kerana melibatkan 2 personaliti besar dan 2 institusi penting negara, iaitu, 
1. Tun Daim Zainuddin 
Bekas Menteri Kewangan 
2. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri
3. Bank Negara Malaysia (BNM)
4. MAS 
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...