Ahad, 21 Januari 2018

"TAK PAYAH POLITIKLAH KALAU TUA BANGKA DEKAT NAK MATI NI" - PENDAKWAH KONTROVERSI ZAMIHAN MAT ZIN

PENDAKWAH kontroversi Zamihan Mat Zin meminta DR MAHATHIR MOHAMMAD BERTAUBAT dan belajar agama bagi menebus kesalahan beliau sepanjang memerintah negara, dan bukannya terus sibuk berpolitik.
“Orang tua umur 93 tahun patut masuk pondok, mengaji kitab, zikir banyak-bantUN yak, bertaubat. Minta maaf kepada semua manusia di atas kesilapan lalu dan buat amal jariah banyak untuk akhirat patutnya.
TAK PAYAH POLITIKLAH KALAU TUA BANGKA DEKAT NAK MATI NI,” katanya dalam satu wawancara langsung di laman Facebook Watan Online hari ini.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu menjawab soalan mengenai cadangan Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

“Sebab itu dia melihat orang lain bodoh belaka, dia seorang saja yang cerdik. Orang lain tak pandai, tak bijak, fikir selapis, mana boleh fikir begitu. Masa berkuasa dia buat macam-macam. Hingga sanggup keluarkan arahan yang melukakan hati rakyat, yang meragut nyawa rakyat.
“Tapi bila orang lain perintah kita kata tak setuju, tak maju. Kemudian nak buat ‘comeback’ balik pada masa penghujung usia sebab dulu kita berkuasa dengan niat tak betul. Hamba kepada dunia. Ini sesuatu yang tak patut bagi saya,” kata beliau..
Dalam pada itu, Zamihan turut memberi fatwa haram mengundi DAP bagi orang Islam kerana parti itu menentang usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 menerusi Rang Undang-Undang 355 di Parlimen.
“Orang DAP nak marah saya tidak apalah, saya tidak ada kepentingan pada Umno, Amanah, PAS, PKR. Kita NGO. Kita bersuara demi kebenaran, mencari keredaan Allah, bukan orang kata bayar duit pada kita.
“Haram mengundi, haram menyokong, haram membantu dan banyak-banyak benda haram itu kesimpulannya haram jadah,” kata beliau.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...