Translate

17/01/2018

REKOD MEMBUKTIKAN NAJIB LEBIH MAMPU MENGUBAH NASIB ANWAR BERBANDING MAHATHIR

Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendedahkan bahawa, sebelum PRU 2013 Anwar pernah memintanya menjadi broker untuk deal dengan Najib sekiranya keputusan PRU 13 memihak kepada Pakatan Rakyat dengan simple majoriti. 

Walaupun kerjasama itu tidak terlaksana kerana kemenangan BN pada 2013 yang diluar dugaan Anwar, namun ANWAR JUGA DIBERITAKAN CUBA MENGATUR STRATEGI UNTUK DEAL DENGAN NAJIB tentang kedudukan Umno di selangor semasa krisis Menteri Besar. Pada ketika itu, Anwar juga terdesak untuk bekerjasama dengan Najib bagi mengelakkan beliau dipenjara atas tuduhan Liwat 2.

Namun semua perancangan itu tidak berjaya. Malah Najib sebenarnya lebih licik membalas permainan Anwar. Ingat lagi, pada 2008 Anwar beria-ria umumkan 30 ahli Parlimen BN akan lompat sertai Pakatan pada 16 September. Tapi yang berlaku akhirnya Kerajaan Pakatan Perak tumbang pada 4 Februari 2009 apabila Najib berjaya pujuk 3 Adun PKR dan 1 Adun DAP keluar Parti.

Rekod ini membukti NAJIB LEBIH MAMPU MENGUBAH NASIB ANWAR BERBANDING MAHATHIR dan orang-orang Anwar sendiri. Kelicikkan Najib untuk memanipulasikan kuasa dan kedudukan diambil peluang oleh Anwar untuk membebaskan dirinya untuk kembali melawan Mahathir.

Jika ini semua benar, maka sesuatu yang lebih menarik akan berlaku selepas 8 Jun 2018. Mungkin lebih awal dari itu kerana bunyi bising dari kartel Azmin kerana pencalonan Mahathir sebagai PM juga telah sampai ke telinga Anwar.

Apa pun PERMAINAN POLITIK ANWAR-NAJIB-MAHATHIR INI, YANG BAKAL JADI MANGSA ADALAH RAKYAT dan pengikut-pengikut mereka. Jika anda bijak, pilih pemimpin yang benar-benar jujur dalam memimpin dan memulihkan keadaan politik dinegara ini.

HERMAN SAMSUDEEN
Kuala Lumpur
13 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 13/1/2018

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...