PUTRAJAYA, 2 Jan — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
(RoS) digesa membuat SIASATAN TERPERINCI terhadap
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) PERTAMA PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
(PPBM) pada Sabtu lalu kerana didakwa TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN PARTI.
Ketua
Bahagian PPBM Temerloh Amerus Che Onn yang membuat dakwaan itu berkata AGM pada
Sabtu lalu dilihat ‘syok sendiri’ kerana hanya memperjuangkan kepentingan
individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman
parti.
“Pemilihan
perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti. TIADA
PERHIMPUNAN DI PERINGKAT CAWANGAN DAN BAHAGIAN untuk
memilih perwakilan hadir AGM pertama itu. Selain itu, perhimpunan untuk
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi juga tidak diadakan.
“Saya
rasa kami ditipu dan dipermainkan. Maka, saya mendesak RoS membuat siastan
terperinci berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat
laporan di RoS di sini, hari ini.
Sabtu
lalu, PPBM mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137
bahagian di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam selepas diberikan amaran oleh
RoS.
Amerus
berkata AGM pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pimpinan tertentu sahaja
dan perwakilan bahagian tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan.
“Matlamat
sebenar penubuhan PPBM sudah tidak wujud kerana kepimpinan tertinggi hanya
memperjuangkan kepentingan individu sehingga isu dalaman parti tidak
diselesaikan,’ katanya.
Sehubungan
itu, Amerus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan sebagai
pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kerana hanya memperjuangkan kepentingan
peribadi.
Sebelum
ini, RoS memberi amaran kepada PPBM kerana melakukan tiga kesalahan iaitu tidak
mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap Pemuda dikenali sebagai Armada
dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti
sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan. — Bernama.