Translate

02/11/2017

BETINA MATA BATU BUAT HAL LAGI !!!

BUKIT KAYU HITAM: Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk S AMBIGA perlu berani bertanggungjawab dan tidak boleh bersikap seperti ‘MEMBALING BATU SEMBUNYI TANGAN’, kata Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.   

Zahid berkata ia ekoran tindakan Ambiga memberikan data dan maklumat mengaitkan pemimpin tertinggi PAS menerima wang daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

"Dari dahulu kita telah mengetahui sikap Ambiga iaitu berani bila ada di belakang, tak berani bila ada di hadapan. Beliau mengelakkan diri ditemui wartawan... tidak ada keberanian.

"Kalau ada keberanian dengan bukti diberikan kepada Sarawak Report ini, mesti berani... beliau tidak harus bersembunyi untuk menyatakan perkara itu. Beliau harus berani bertanggungjawab dengan semua data dan maklumat diberikan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan mempengerusikan Mesyuarat Kedua Peringkat Tertinggi (HLC) mengenai Keselamatan dan Kawalan Sempadan Negara Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu bagi Fasa Satu hari ini.

Baru-baru ini Brown menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat terhadap dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada perdana menteri.

Dalam kenyataan pembelaannya pada 11 Oktober lepas terhadap saman yang difailkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Brown mendakwa beliau dan Ambiga bercakap mengenai Najib, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.

Pembelaan itu difailkan Brown dalam saman fitnah Hadi di Mahkamah Tinggi London pada April lepas dengan membabitkan artikel yang mendakwa PAS menerima dana berjumlah RM90 juta sebagai habuan menyokong Barisan Nasional.

Artikel Sarawak Report bertajuk 'As Najib denies all over 1MDB let's not forget his many other criminal connections' disiarkan menerusi portal Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

Ahmad Zahid sehubungan itu menyatakan simpatinya kepada PAS yang mana parti berkenaan tidak boleh dianiaya dengan perkara yang tidak benar seumpama itu.

"Kalau mahu berpolitik, berpolitik secara berhemah... ini amat tidak kredibel. Selama ini seolah-olah apa sahaja yang ditulis Sarawak Report ini dianggap sebagai gospel truth (benar semata-mata)," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...