Rabu, 18 Oktober 2017

TEMBAK ISTERI DEPAN ORANG RAMAI

SEORANG tentera Thailand menembak mati isterinya yang sedang hamil di depan orang ramai di sebuah pasar raya di wilayah Udon Thani.

Sirinporn Chumboonchu, 40, meninggalkan rumah di Kanchanaburi, awal bulan ini, selepas mengetahui suaminya, Pichet, 41, mempunyai wanita simpanan dan pulang ke rumah keluarganya di Udon Thani, sejauh 400 kilometer.

Pichet mengekorinya dan ketika bertemu dengan isterinya di sebuah pasar raya Jumaat lalu, mereka bertengkar sebelum dia menembak isterinya tiga kali dari belakang selepas wanita itu mahu bercerai.

Isterinya mati di hospital manakala Pichet cedera di dada terkena tembakan pistolnya sendiri.


Polis bagaimanapun, yakin Pichet bukan mahu membunuh diri sebaliknya tertembak dirinya ketika mahu mengeluarkan peluru yang tersekat.

Peluru sesat juga mengenai kaki seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dan dada seorang pembantu jualan berumur 32 tahun yang kini dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis wilayah Udhon Tani, Kolonel Suchat Uthayo, berkata anggota tentera itu ditahan kerana membunuh dan membawa senjata api di tempat awam.

“Dia menggunakan pistol automatik 9mm dan punca pergaduhan mereka si isteri tahu Phicet mempunyai wanita simpanan.

“Isterinya enggan kembali kepadanya, malah mahu bercerai,” katanya. - Daily Mail

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...