Translate

23/10/2017

OTAK MADEY SEMAKIN SENGET DAN SAMPAI KEPENGHUJUNG

Campur Tangan Kerajaan Dalam MAS. Bellew Sangkal 100% Kenyataan Tun Mahathir

Ketika kerajaan mengumumkan perlantikan Peter Bellew sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Tun Mahathirlah paling awal mengutuk kerajaan kerana melantik rakyat asing menerajui MAS.

Tun Mahathir seperti biasa menyalahkan Najib dalam perlantikan ini seolah olah MAS sudah terlepas ketangan bangsa asing.

Seperti biasa apabila Mahathir marah mahacacai Tun yg menganggap Tun suci murni akan turut marah walau pun tahap pengetahuan mereka setaraf lulusan SRP.

Terkini apabila Peter Bellew melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksukitif Tun Mahathir kembali marah kepada Najib dan kerajaan kerana kononnya campur tangan dalam urusan pentadbiran MAS sebagai penyebab mengapa Peter Bellew melepaskan jawatannya diposisi nombor satu didalam Syarikat penerbangan negara itu.

Seperti biasa apabila Tun Mahathir marah, MAHACACAI TUN akan turut marah tanpa mempersoal bukankah perletakkan jawatan itu seumpama orang mengantuk disorangkan bantal memandangkan Tun Mahathir lah yang mempertikai perlantikan Peter Bellew sebelum ini?

Kemelut dakwaan Tun Mahathir terhadap Najib dan kerajaan telah menarik Peter Bellew untuk menjelaskan samada dakwaan Tun Mahathir kononnya campur tangan keterlaluan Najib dan kerajaan itu benar atau pun salah?

Peter Bellew, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) yang melepaskan jawatannya, menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa campur tangan politik dalam pengurusan syarikat penerbangan negara ini menjadi punca beliau meninggalkan syarikat berkenaan.

Bellew menjelaskan beliau tidak berdepan sebarang campur tangan daripada sesiapa berkaitan apa jua perkara sepanjang tempoh perkhidmatan dengan syarikat itu sejak menjawat jawatannya pada 1 Julai tahun lepas.


“Tun (Dr) Mahathir salah sama sekali… 100 peratus salah. Tiada campur tangan, saya cuma mahu ‘balik kampung’. Ia cukup mudah, tidak ada misteri, tidak ada kontroversi,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Beliau mengulas catatan terkini dalam blog pengerusi Pakatan Harapan itu yang antara lain mendakwa peletakan jawatannya disebabkan campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengurusan syarikat itu.

Bellew turut menegaskan Najib tidak pernah campur tangan dalam apa jua cara, sebaliknya, perdana menteri memberi galakan kepada beliau dalam setiap tindakannya.

Malah, kata Bellew, Dr Mahathir tidak pernah menghantar sesiapapun untuk mendapatkan penjelasan berkaitan perkara yang didakwanya itu.

Bellew mengemukakan peletakan jawatannya pada 8 Okt untuk bertugas dengan Ryanair, syarikat penerbangan terkemuka Ireland.

Mengenai pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai penggantinya, beliau berkata Izham merupakan calon yang tepat bagi jawatan itu.

“Beliau seorang yang hebat, pengetahuannya sangat luas…saya harap anda akan memberinya sokongan. Ini bukanlah tugas yang mudah, harapan negara amatlah besar,” katanya.

Izham, ketika ini merupakan Ketua Pegawai Operasi MAS, akan menjawat jawatan baharunya pada 1 Dis sebaik sahaja Bellew, yang kini dalam cuti pentadbiran, mengosongkan jawatan itu.

Dibawah saya sertakan wirid baru yg menjadi amalan Tun Mahathir dan mahacacainya yg diberi nama Wirid salah Najib.

Wirid Salah Najib oleh Mahathir:
1. Org gaji sy berhenti- salah najib
2. Ringgit jatuh -salah najib
3. Ramai kakitangan kerajaaan - salah najib
4. Madey join DAP - salah najib
5. Madey join musuh ketat dia Anwar -salah najib
6. Proton diselamatkan - salah najib
7. Buat pembangunan keretapi laju -salah najib
8. Bagi BRIM kat rakyat - salah najib
9. Bagi gaji tinggi kat penjawat awam -salah najib
10. Hantar org buat haji - salah najib
11. Tuduh org bugis penyamun -salah najib
12. Buat gst supaya tokey takboleh tipu cukai - salah najib
13. Minyak dunia jatuh - salah najib
14. Kroni tak boleh cari makan - salah najib
15. Shapie Bedal kena cekup pasal rasuah - salah najib
16. AG lama pencen - salah najib
17. KP SPRM. pencen - salah najib
18. Masuk pelaburan asing dari China - salah najib
19. Pelaburan dari arab saudi usahasama dgn petronas - salah najib
20. Amik org luar teraju MAS - salah najib
21. Org luar berhenti MAS dan ganti dgn anak watan - salah najib
22. Selamatkan MAS - salah najib

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...