Translate

19/09/2017

MAHATHIR MENGAMALKAN RASUAH DAN PENYELEWENGAN KUASA KETIKA JADI PM

Pada 12 Jun 2000, Tun Mahathir masih Perdana Menteri, namanya disebut dalam keterangan bersumpah bekas Ketua Pengarah BPR berhubung salahlaku rasuah dan penyelewengan kuasa.

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin 12 Jun 2000 dalam kes perbicaraan DSAI, bekas Ketua Pengarah BPR Dato Shafie Yahya telah memberitahu bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah mengarahkannya supaya menghentikan penyiasatan ke atas bekas Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), TS Ali Abul Hassan Sulaiman.

Apa masalah TS Ali Abul Hassan Sulaiman?. Beliau adalah bekas Gabenor Bank Negara sebelum Dr Zeti Akhtar Aziz ambil alih. TS Ali Abul Hassan telah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara selepas Ahmad Mohamad Dom meletak jawatan beberapa hari sebelum DSAI dipecat dari Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Tun Mahathir yang kononnya kuat melawan rasuah 'politik wang' dalam UMNO telah melantik TS Ali Abul Hassan sebagai Gabenor BNM yang disyakki oleh BPR melakukan rasuah.

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bekas KP BPR memberitahu mahkamah di bawah sumpah: Apabila pegawai2 BPR serbu pejabat Ali Abul Hassan Sulaiman di EPU, didapati sejumlah wang tunai dijumpai berada dalam laci Ketua Pengarah EPU.


Kenapa BPR serbu pejabat Ali Abul Hassan Sulaiman?. Sebab BPR terima aduan bahawa Ali Abul Hassan Sulaiman terbabit dengan rasuah.

Apabila serbuan dibuat, betul rupanya. Ada banyak duit tunai dalam laci. Dari mana duit itu datang?. Persoalan ini telah ditegah oleh Tun Mahathir dari dibongkar.

Sepatutnya Tun Mahathir konon2nya hendak bersihkan politik wang dalam UMNO, mesti ucap tahniah kepada Dato Shafie Yahya kerana dia telah arahkan pegawai BPR menyerbu pejabat Ketua Pengarah EPU. Malangnya Tun Mahathir memarahi Dato Shafie Yahya.

Dato Shafie Yahya telah memberitahu mahkamah bahawa menerusi telefon Tun Mahathir berkata kepadanya: Berani kamu serbu pejabat pegawai tinggi saya?".


Dalam bulan Jun 1988, Dato' Shafie Yahya dipanggil ke pejabat Perdana Menteri sebanyak 2 kali berhubung kes rasuah TS Ali Abu Hassan Sulaiman;

1. Beliau dimarahi dan diarah supaya hentikan penyiasatan terhadap kes ini.

2. Beliau diminta supaya menyerahkan fail kes dan serahkan kes ini kepada Perdana Menteri untuk diselesaikan.

Mengapa Perdana Menteri mahu selesaikan kes ini sendiri?. Kerana kes ini melibatkan syarikat anak beliau Dato Mokhzani Mahathir.

TS Ali Abu Hassan Sulaiman telah menerima duit dari sebuah konsortium syarikat insuran untuk meluluskan cadangan sebuah skim insuran kesihatan bernama National Health Insurance Scheme di mana Dato Mokhzani menjadi Pengerusinya. Duit ini diberi melalui seseorang bernama Rashid Manaf (kroni Daim).

Bagaimana Dr. Mahathir menyelesaikan kes ini? Duit RM100,000 dikembalikan semula kepada TS Ali Abu Hassan serta telah dinaikkan pangkat sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Dato' Shafie Yahya pula telah ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengarah BPR dan fail siasatan dimusnahkan.

Pada 13 Jun 2000, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Stadium (No. 14752/2000) yang menggesa BPR dan pihak polis agar memulakan siasatan terhadap kes ini. Kes perlakuan buruk Tun Mahathir terhadap kedaulatan undang2. BPR dan Polis adalah badan yang diamanahkan untuk memikul undang2 dan melaksanakannya tanpa pilih kasih.

Tulisan
Rozmi Mokhtar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...