Translate

07/09/2017

KEBANYAKAN PENGKRITIK BERSIKAP BANGANG DAN BEBAL

Pengkritik Bersikap Tidak Adil Terhadap Najib Penganalisa Ekonomi

Peng­analisis menyifatkan keba­nyakan pihak di negara ini bersikap tidak adil dengan mengabaikan pencapaian eko­nomi Malaysia di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaliknya bagi Dr. Bruce Gale, seorang bekas penasihat politik dan ekonomi serantau yang kini penulis tetamu akhbar berpengaruh Singapura, The Straits Times, sebahagian rakyat atau pembangkang lebih gemar memperbesar-besarkan kemelut yang berlaku di dalam negara yang sebenarnya tidak menjejaskan ekonomi.
Katanya, antara pencapaian di bawah Najib ialah kemampuan memperbaiki struktur sistem subsidi, pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) secara tersusun dan pelancaran program bagi memenuhi keperluan hidup golongan berpendapatan menengah dan rendah.
“Ekonomi Malaysia berkembang lebih tinggi berbanding purata antarabangsa, tetapi Najib tidak diberikan pujian.

“Secara realiti di bawah kepemimpinan beliau, dasar-dasar ekonomi Malaysia adalah tersusun dan penstrukturan subsidi dan GST adalah sangat penting kepada negara,” katanya menerusi artikel yang dikeluarkan oleh The Straits Times hari ini.
Tambah Gale, agak malang apabila kebanyakan pihak mengeluarkan pandangan tan­pa memikirkan sumba­ngan yang diberikan oleh Perdana Menteri.
Katanya, sebagai contoh, kontroversi ditimbulkan bahawa pentadbiran Najib membuatkan hutang kerajaan sehingga Jun 2016 berjumlah RM655.7 bilion menyamai 53.2% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), meningkat daripada 41% pada akhir 2008.
“Namun perlu ingat, pe­ningkatan mendadak itu berlaku pada 2009, apabila kerajaan terpaksa berbelanja besar bagi merancakkan ekonomi tempatan. Perbelanjaan itu perlu bagi menyelamatkan negara yang terkesan akibat krisis hutang dunia pada masa itu,” katanya.
Jelasnya lagi, antara perkara yang sering disalah tafsir ialah mengenai kejatuhan ringgit sedangkan kemerosotan nilai mata wang itu berpunca akibat faktor luaran khususnya penurunan harga minyak.
“Pada masa sama bagi pengkritik, tiada perkara yang lebih penting untuk mereka isu-isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) serta derma daripada Arab Saudi,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...