Khamis, 1 Jun 2017

OTAK MAHATHIR SEMAKIN KURENG DAN BERKARAT !!!!

Kerajaan Tak Mahu Nasib Proton Jadi Seperti Perwaja
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempertahankan kerjasama strategik Proton-Geely sambil menegaskan, kerajaan tidak mahu syarikat kereta nasional itu berhadapan dengan nasib yang dialami Perwaja Steel (Perwaja).
Kata beliau, kerajaan cuba membangunkan industri besi dan keluli menerusi Perwaja tetapi akhirnya syarikat itu ditutup disebabkan masalah pengurusan pada tahun 1990-an.
“Banyak kerajaan tolong tetapi akhirnya Perwaja ditutup. Ramai pekerja Perwaja kena berhenti dan kilang sudah tidak beroperasi. Takkan kita hendak buat Proton begitu. Saya hendak tekankan kita tidak mahu nasib akan jadi macam Perwaja,” kata beliau.
Baca Juga: KLIK DISINI
Johari menambah, beliau faham yang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sangat kecewa dengan kerjasama Proton dengan syarikat dari China itu, tetapi apa yang penting Geely adalah rakan strategik yang diharap boleh memajukan Proton.
Malah soal beliau, “Pasal apa mereka tidak boleh bangga dengan Proton?”
“Bagi saya semua pihak kena sokong kerjasama ini kerana Geely telah menyelamatkan Proton daripada menjadi seperti Perwaja. Kalau Proton sudah jadi Perwaja dan berlaku kehilangan pekerjaan, kita lagi susah,” kata beliau dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia disiarkan hari ini.
Rabu lalu, DRB-Hicom mencapai persetujuan untuk menjual 49.9% pegangan dalam Proton kepada pengeluar kereta China, Zhejiang Geely Holding Group termasuk membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus.
Dr Mahathir sebelum ini berkata, langkah menjual kepentingan 49.9% dalam Proton Holdings kepada syarikat kereta China menandakan kehilangan ikon negara.
“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual? Kita sudah jual Proton kepada orang asing. Ini kereta nasional, dijual kepada orang asing dan tidak lagi ia menjadi kereta nasional, ia kini kereta asing. Kita kehilangan satu daripada ikon negara kita,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...