Isnin, 15 Mei 2017

DAP MAHU MALAYSIA DIPERINTAH IKUT AGAMA KRISTIAN

Buku ‘Becoming Hannah’ Ceritakan Hasrat DAP Mahu Malaysia Diperintah Ikut Agama Kristian


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dari parti DAP menerusi bukunya ‘Becoming Hannah‘ mendedahkan bahawa DAP bukanlah pejuang negara sekular yang bebas dari pengaruh agama.

Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, DAP adalah sebuah parti hipokrit kerana berdakwah dan memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama Kristian tetapi pada masa sama mendesak agar PAS dan UMNO tidak mencampuri isu politik dengan agama Islam.


“Sedarkah kita bahawa tatkala DAP melaung-laungkan supaya urusan politik dipisahkan daripada urusan agama, pemimpin DAP sendiri sebenarnya sangat giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama?
“Dan sebuah buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Haya, Hannah Yeoh, bertajuk “Becoming Hannah” (Menjadi Hannah) adalah salah satu bukti nyata mengenainya,” katanya dipetik satu kenyataan.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, DAP mendakwa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan perlu kekal dengan pentadbiran sekular.
Justeru DAP kata Dr Kamarul Zaman, mahu semua pihak yang mencampuri urusan agama dengan politik ditentang secara habis-habisan.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...