Sabtu, 1 April 2017

Pengundi Cina Tetap Tolak Pakatan Kerana Mahathir

Ini adalah dari seorang kolumnis Cina terkemuka Zhang Mu Qing di media Cina tempatan.
Kelihatan seperti kebanyakan masyarakat Cina pada umumnya menolak Pakatan kerana bersekongkol dengan Mahathir. DAP dilihat akan dihancurkan dalam pilihan raya akan datang kerana asas sokongan tradisional mereka berpaling arah akibat rasa meluat.
Petikan tulisan Zhang Mu Qing:

Selepas tsunami 308, ramai yang optimistik bahawa politik perkauman akan ditolak. Malangnya, selagi masih adanya Mahathir, berhentilah bermimpi!

Tidak kira sama ada Pakatan Harapan telah menganggap diri mereka bersatu dalam apa jua nama, kini terdapat dua barisan: satu diketuai oleh Najib dan satu lagi oleh Mahathir.

Jika Najib dan Mahathir bertanding di kawasan saya, saya akan berasa mudah untuk membuat keputusan. Undi saya akan pergi ke Najib dan bukan Mahathir yang ceramahnya penuh berbaur perkauman.

Saya tidak akan membuang undi rosak. Merosakkan undi adalah sama seperti menyokong kebangkitan perkauman.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...