Translate

02/11/2016

Sebaik Sasaran Dicapai, Aktivis BERSIH Akan Melesapkan Diri

Sebaik sasaran Projek for the New American Century (PNAC), yang sama dengan Arab Spring dan Revolusi Jingga (Orange Revolution) di Ukraine dicapai, BERSIH dan aktivis mereka akan lesap seperti mana kumpulan hak asasi lain di serata dunia menurut seorang peguam Australia.
Quintin Rozario yang berpangkalan di Brisbane berkata banyak kumpulan dan aktivis hak asasi di seluruh dunia, yang ditaja oleh entiti asing, lenyap begitu sahaja selepas berjaya menganjurkan apa yang dipanggil sebagai ‘Kebangkitan Rakyat’ untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
“Di mana kesemua aktivis Arab Spring dan Revolusi Jingga? Semua hilang begitu sahaja,” menurut beliau.

Blueprint PNAC adalah polisi luar negara semasa Amerika yang ditulis pada tahun 1992.
Ia adalah satu doktrin baru yang memerlukan kuasa Amerika menjadi agresif dan bersendirian yang akan menjamin kedudukan Amerika sebagai kuasa dominan hal ehwal dunia, dan melalui kekerasan jika diperlukan.
Rozario mengkritik aktivis BERSIH dan wakil rakyat pembangkang sebagai hipokrit kerana mengajurkan perhimpunan jalanan yang menuntut ‘pilihanraya yang bersih dan adil’ di Malaysia.
“BERSIH mendakwa mereka kumpulan pro-demokrasi. Inilah yang sering ditunjukkan oleh media asing.
“Tetapi yang ironinya adalah kenapa kumpulan demokrasi seperti BERSIH menggunakan taktik komunis dengan menggunakan kekerasan protes jalanan yang huru hara seperti Bolshevik, Arab Spring dan Revolusi Jingga?” 

Beliau berkata, kebanyakan penaja BERSIH adalah dari parti pembangkang dan ramai aktivisnya adalah wakil rakyat, maka BERSIH adalah sebuah parti politik de facto yang bertopengkan sebuah gerakan hak asasi.
Beliau berkata lagi, aktivis dan wakil rakyat memberikan harapan palsu yang proses demokrasi di negara ini tidak bebas dan adil dan tidak menyebut yang mereka juga mengundi dan diundi di bawah proses demokrasi yang sama.
Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...