Ahad, 11 September 2016

Berlumba2 Menyalahkan Najib Demi Kepentingan Peribadi Yang "BUSUK'

Perlukah saya berhenti dari mengingatkan?

Mungkin ada antara sahabat masih tidak mampu untuk memikirkan
keadaan akhir zaman ini FITNAH MEMFITNAH seolah-olah amalan yg dituntut dalam Islam. Walhal kita sengaja diajak oleh para ilmuan khususnya Ulama-Ulama, Ustaz politik kearah semakin menjauhi amalan Islam dengan bersusah payah berlumba-lumba memburu dunia dengan menjadikan fitnah seumpama amal ibadah tidak langsung menyedari sengaja bersusah payah mendekatkan diri menghampiri laknat Allah.

Usahkan MEMFITNAH sedangkan mencaci mencela kerana memburu kemegahan dunia pun Allah LAKNAT.


"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!"  (Al Humazah 1-3)

Oleh itu sahabat. Jauhilah HASUTAN, LIDAH-LIDAH yang mengajak kita kearah persengketaan kerana memburu dunia. Dalam #TASAWUF. Kemegahan dunia ini punca merosakan hati contoh kesannya pada perkara yang kita hadapi sekarang ini.

Sepatutnya dengan berpandukan kepada hukum-hukum dalam Quran & Sunnah.  Kita dapat menafaatkan Islam untuk kesejahteraan & kebaikkan diri kita semua yg membawa kepada kebaikkan, ketenangan, kebahagiaan dunia hingga akhirat. Malangnya kita tak sedarpun semakin ramai menjauhi Islam dengan sengaja ingin tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat Allah.
Na'uzubillah.

"Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya)."
(Al Qiamah : ayat 20-21)

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...