Sabtu, 9 Julai 2016

Yang Terang Rasuah Taknak Pulak Mahathir Desak Berhenti

Untuk menjustifikasikan tindakannya menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB dan dana RM 2.6 billion, Mahathir menjadikan alasan pemimpin yang terbabit rasuah tidak wajar menjadi Perdana Menteri.

Ini soal prinsip katanya, bukan peribadi.

Begitu juga ketika keluar dari UMNO, pun alasannya kerana Mahathir tidak mahu berada dalam parti yang dipimpin seorang 'perasuah' seperti Najib.

Walhal setelah siasatan dijalankan, tidak ada bukti sama sekali yang menunjukkan Najib ini terlibat dengan rasuah atau penyelewengan tapi bukan Mahathir peduli, dia percaya apa yang dia nak percaya saja.


Sebaliknya Mahathir mengadakan kerjasama dengan parti seperti DAP dan orang seperti Guan Eng yang pada pandangannya tidak rasuah dan bersih segala segi.

Tapi sekarang, bila Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah kerana dakwaan rasuah dan seluruh parti DAP itu sendiri mempertahankan tertuduh rasuah ini dengan tidak berbelah bahagi, apa pulak pandangan Mahathir?

Kalau isunya prinsip, Mahathir dah putuskan hubungan dengan DAP dan Guan Eng. Anehnya, jangan kata putuskan hubungan atau desak Guan Eng letak jawatan, sampai sekarang Mahathir tidak bagi walau sepatah komen pun atas kes tersebut.

Apakah rakyat Pulau Pinang tidak ada di hati Mahathir?

Jadi selamat untuk dikatakan disini, soal prinsip bukan alasan utama kenapa Mahathir menyerang Najib, ia lebih kepada masalah peribadi - nak anak sendiri jadi Perdana Menteri.

Kalau soalnya prinsip, dah berkajang Guan Eng kena kutuk dengan Mahathir, tapi sebab tak, maka dia diam bodoh macam sekarang sajalah.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...