Ahad, 3 Julai 2016

Perasaan Rosmah, Hasmah Ada Fikir Tak?

Sedih dan terasa - itulah lebih kurang maksud rungutan bini Mahathir, Hasmah akan kononnya kecaman dan penghinaan yang didakwa dilemparkan Perdana Menteri Najib kepada suaminya.

Yang makan dedak dengan Mahathir inipun, sekalilah terlolong-lolong kesedihan, maklum sajalah, dewa pujaan kena kecam.

Bagaimanapun jangan sesiapa terpedaya, ini Mahathir guna bininya untuk raih simpati dari rakyat, seolah-olah semua ini Najib yang pula dan Mahathir hanya jadi mangsa. Padahal kita semua tahu, Najib jadi mangsa fitnah Mahathir.

Hasmah ni dia macam Wan Azizah juga, setia buta tuli kepada suami masing-masing. Padahal yang satu tu meliwat dubur anak jantan orang, yang satu lagi ni merata fitnah Najib hilangkan wang negara.

Kita boleh faham bila Hasmah membela suaminya, itu memang tugas seorang isteri, walaupun sebenarnya Mahathir memfitnah Najib. Wan Azizah pun sama hal lah ni.

Tapi agaknya pernahkah Hasmah fikirkan perasaan isteri Najib, Datin Rosmah Mansor? Apa Hasmah pernah tanya tak perasaan Rosmah bila suaminya Mahathir fitnah, kecam, label Najib merata negara? Pernah ke tak pernah?

Semua ini tak berlaku kalau Mahathir tidak memulakan dulu mengadakan cerita yang bukan-bukan mengenai 1MDB dan Najib. Mahathir punya kerjalah ni sehingga Najib terpaksa beberapa kali mempertahankan dirinya dari tuduhan yang tak berasas.

Malah terpaksa berhadapan dengan kecaman segelintir masyarakat yang termakan hasutan Mahathir. Dah dibuktikan Najib tak salah pun, mahathir masih tak minta maaf, ada pernah fikir?

Patutnya Hasmah fikir juga perasaan Rosmah sebelum buat kenyataan bodoh macam itu.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...