Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina berkata beliau
tekad untuk menghapuskan
keganasan di negara itu sejurus pasukan keselamatan menyerbu masuk
sebuah kafe yang diserbu oleh sekumpulan penyerang bersenjata dan menahan
tebusan.
“Ia (serangan) adalah satu tindakan yang amat menjijikkan. Umat Islam apakah ini? Mereka ini tiada agama,” kata Hasina dalam satu siaran televisyen.
“Rakyat Bangladesh harus menentang pengganas. Kerajaan ini bertekad untuk menghapuskan sama sekali keganasan dan militan dari Bangladesh.”

Pasukan keselamatan Bangladesh mengakhiri drama tebusan di
sebuah kafe di ibu kota Dhaka dengan menembak mati enam
penyerang bersenjata yang menjadikan pengunjung sebagai tebusan sejak
malam Jumaat (waktu tempatan), kata pegawai kerajaan.
“Operasi (menyelamat) telah tamat. Situasi kini terkawal,” jurucakap tentera, Kolonel memaklumkan kepada AFP.
Sementara itu seorang komander pasukan elit gerak pantas Rapid Action Battalion yang menjalankan operasi menyerbu kafe terbabit memaklumkan beberapa kematian dilaporkan, termasuk enam penyerang bersenjata.
“Kami telah menembak mati enam pengganas. Kawasan yang dirampas mereka kini telah berjaya dikuasai semula,” kata Masud kepada saluran India's Times Now.