Jumaat, 22 Julai 2016

Hina Betul Mukhriz, Parti Bapak Dia Sendiri Tubuh Pun Layak Jadi Naib Presiden Saja

Mengikut senarai ahli majlis tertinggi parti baru yang Mahathir bakal tubuhkan, seperti tersebar Sabtu lepas, Mukhriz Mahathir dinamakan sebagai salah seorang dari Naib Presiden parti tersebut. Sementara Muhyiddin dilantik sebagai Presidennya.

Sehingga ke saat artikel ini ditulis, masih tidak ada sebarang penafian dari Mukhriz mahupun Muhyiddin, sehingga itu berlaku, anggap betul sajalah senarai tu.

Nampak sangat Muhkriz ni tak berguna, sehingga dalam parti yang bapak dia sendiri tubuhkan pun, dia hanya diletak sebagai Naib Presiden, Timbalan Presiden pun bukan.
Sememangmya kita tahu Mukhriz ni kalau bukan sebab bapaknya, dia jadi tukang sapu pun tak layak. Masa dalam UMNO, bertanding Ketua Pemuda (kalah) guna pengaruh bapak, bertanding Naib Presiden (kalah) guna pengaruh bapak.

Penyakit ini bukan berlaku dalam parti saja, bertanding pilihanraya pun, Mukhriz satu-satunya calon yang bawak bapaknya berkempen!! Nampak sangat tidak ada kekuatan sendiri, tak hairan senang senang disepak keluar dari pejabat MB Kedah - sebab bapaknya tidak ada disitu.

Dalam masa yang sama, senarai itu menunjukkan pandai pulak Mahathir hormat hieraki, macam main wayang pulak, dah tahu nak letak anak di kedudukan tertinggi, masih letak sebagai Naib Presiden dulu, apa nak sorok-sorok pun tak tahu.

Letak sajalah Mukhriz tu jadi Presiden terus, penyudahnya esok, kesitu juga perginya kan?

Tengok macam Anwar, dari mula sampai sudah, PKR tidak ada presiden lain melainkan bininya saja.

Sumber: Balqis Sheikh

Sumbe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...