Ahad, 12 Jun 2016

Penafian Singapura; Beranikah Mahathir Saman Bloomberg?

Permainan politik kotor Mahathir dan sekutunya WSJ untuk mencemarkan imej Najib Razak kini bukan sekadar menyakitkan negara sendiri bahkan menyakitkan negara lain juga iaitu Singapura.

Setelah WSJ (atas arahan Mahathir) mendakwa ada bank di Singapura menerima USD 3 billion wang 1MDB dari Goldman Sachs, pihak berkuasa kewangan Singapura (MAS) menafikan perkara tersebut dalam satu kenyataan kepada Bloomberg.


Tindakan Mahathir ini benar-benar memalukan imej negara di mata Singapura. Nak menipu pun agak-agaklah, jangan bermusuh dengan orang lain, cari pasal merata dengan negara lain sampai menjejaskan imej negara.

Mungkinlah kalau Mahathir nak dakwa, Singapura dan Bloomberg dibayar oleh Najib untuk membuat kenyataan tersebut tapi siapa yang bodoh saja percaya itu.

Seperti mana biasa, bila terkantoi macam ini, pasukan pemfitnah Mahathir senyap macam itu sajalah, buat bodoh, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

Paling tidak ambik ambil tindakan undang-undang ke atas Singapura dan Bloomberg kalau apa yang dikatakan itu salah. Ini selari dengan prinsip Mahathir, saman tak salah, tak saman, salah.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...