Selasa, 28 Jun 2016

Mukhriz Berdoa Kepada Tuhan Minta Nyawa Bapanya Dipanjangkan

Serah Kedah Pada PAS, Mukhriz Mendahului Rakyat

Tuduhan Mukhriz konon UMNO akan menyerahkan negeri Kedah kepada PAS, adalah satu tuduhan melulu tanpa bukti yang sahih serta didorong rasa kecewa kerana dipecat dari UMNO minggu sudah.

Mana dia bukti untuk tuduhan itu selain seakan menafikan hak rakyat untuk memilih kerajaan. Boleh main serah-serah negeri macam tu saja, ingat ni wayang Nujum Pak Belalang ke?

Lebih baik Mukhriz berdoa kepada tuhan minta nyawa bapanya panjang lagi sehingga PRU14 kerana nanti bila kempen pilihanraya itu bermula, siapa yang Mukhriz nak seret untuk bantunya berkempen lagi dah?


Ya betul, jaguh-jaguh Mukhriz, cerdik pandai Mukhriz tapi dia adalah satu-satunya wakil rakyat dalam negara ini yang berkempen bawak bapak sekali.

Sebetulnya keadaan bukan macam itu tapi kalau UMNO masih mengekalkan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, harapan untuk PAS kembali berkuasa tu cerah. Menyingkirkan Mukhriz tu sebenarnya memadamkan terus peluang PAS untuk kembali berkuasa.

Kepimpinan yang lemah, kedekut, tidak setia kepada parti adalah antara sebab kenapa kita katakan begitu (PAS kembali berkuasa kalau Mukhriz masih MB). Sekarang dah di tangan Ahmad Bashah, peluang dari samar kepada lebih baik.

Tambah pulak dengan PAN dan sebagainya ni, lagi besar peluang nak kekal menang tu.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...