Jumaat, 10 Jun 2016

Campur Air Kencing Dalam Minuman Supaya Majikan ‘Tunduk’

SINGAPURA – Seorang amah berusia 27 tahun yang berang dimarahi bertindak keji dengan mencampurkan air kencingnya dengan susu dan termos minuman sebelum diberikan kepada anak dan ahli keluarga majikannya.
Menurut sebuah portal negara itu, amah yang dikenali sebagai Ela bertindak sedemikian kerana mahukan ahli keluarga majikannya itu tunduk kepadanya.
Perbuatan terkutuk Ela terbongkar apabila majikannya mendapati air di dalam termos berwarna kekuningan dan berasa pelik serta berbau hancing apabila dibiarkan semalam dalam kejadian yang berlaku pada Oktober 2015.

Suspek dihantar pulang ke agensinya dan mengaku melakukan perbuatan ‘nakal’ itu.
Ela dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan ‘nakalnya’ dan dijatuhi hukuman penjara selama enam minggu dalam satu perbicaraan pada 6 Jun lalu.
Baca : Amah Jijik, Campur Air Kencing Dalam Minuman Majikan
Terdahulu, Mynewshub ada juga melaporkan kejadian yang sama berlaku di Kuwait, dimana seorang amah dirakam melakukan perbuatan jijik itu dengan mencampurkan air kencing ke dalam minuman yang disediakan sebelum diberikan kepada majikannya.-MYNEWSHUB.CC

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...