Ahad, 29 Mei 2016

LIM GUAN ENG SEDAYA UPAYA UNTUK MEMISKINKAN ORANG MELAYU

Lim Guan Eng menegaskan melalui tulisan di laman blognya bahawa kerajaan negeri P.Pinang telah membuat keputusan sewaktu sidang DUN bahawa mereka tidak akan membenarkan 1MDB menjalankan sebarang aktiviti di atas TANAH MILIK 1MDB sehingga segala isu 1MDB diselesaikan... tanah seluas 234 ekar yang terletak di Ayer Itam, P. Pinang ini dibeli dengan harga sekitar RM1.3 b.

Sememangnya, kerajaan persekutuan melalui 1MDB sudah mempunyai perancangan tersendiri ke atas tanah tersebut... LGE tentunya sangat risau apabila mengetahui pembangunan yang dirancang oleh 1MDB di situ, maka kemelut yang melanda 1MDB dipergunakan sebaik mungkin untuk menghalang rancangan 1MDB ini...


Sejak 2 penggal pentadbiran LGE, DAP sentiasa berusaha memperkukuhkan kekuatan mereka, khususnya di kawasan pulau... hasilnya sudah dapat dilihat dlm PRU 13 lalu di mana DAP memonopoli 90% parlimen dan DUN di kawasan pulau, dengan majoriti yang sangat selesa... tinggal lagi Parlimen Balik Pulau dan DUN2 di dalamnya yang berjaya dicuri oleh UMNO...

Untuk mengimbangi hal ini, kerajaan persekutuan melalui 1MDB dan GLC2 yang lain sentiasa mengintai peluang untuk memiliki aset2 tanah yang nak dijual, termasuk tanah di Ayer Itam ini... rancangan 1MDB adalah untuk membangunkan kawasan tersebut dengan rumah2 murah kos rendah dan rumah PPRT...

Dengan cara ini sahaja maka orang Melayu dan bumiputera berpeluang memiliki rumah sendiri di dalam kawasan pulau...

Bayangkan dengan keluasan tanah 234 ekar, berapa banyak rumah murah yang dapat dibina... dengan andaian bahawa sebahagian besar orang Melayu yang tinggal di situ menyokong UMNO BN, ia mampu sedikit sebanyak memecah monopoli DAP, jika disusun dengan strategi yang betul...

Dan sudah tentu hal ini menjadi mimpi ngeri bagi Lim Guan Eng...



Coretan: Mamu Karapoley

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...