Jumaat, 6 Mei 2016

Lelaki Gila Seks Dibelasah Wanita Beramai-Ramai Dalam Bas

Video lihat dibawah
INI makannya! Seorang lelaki menerima pembalasan setimpal apabila dibelasah penumpang wanita selepas melakukan gangguan seksual di dalam bas.

Kejadian yang berlaku di wilayah Kocaeli, Turki pada 28 April lalu itu, tercetus apabila lelaki tersebut bertindak menayangkan zakarnya kepada seorang wanita yang berdiri di hadapannya ketika berada dalam bas.
Mangsa yang jijik dengan perlakuan lelaki itu segera menjerit dan memukulnya sebelum disertai wanita-wanita lain di situ.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek berdiri di celah-celah sekumpulan wanita di dalam bas tersebut sebelum melakukan perbuatan tak bermoral.
Bagaimana pun dia bertemu buku dengan ruas apabila dipukul, ditampar dan ditendang oleh mangsa diikuti beberapa wanita lain yang naik minyak atas tindakan lucahnya itu.
Keadaan tambah kecoh apabila suspek cuba melarikan diri sebaik pintu bas terbuka namun berjaya ditahan salah seorang penumpang bas berkenaan.
Suspek dilaporkan telah ditahan untuk siasatan oleh pihak polis. – MYNEWSHUB.CC

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...