Selasa, 24 Mei 2016

KENAPA YAB PM MENGEKALKAN YAB HAJI AHMAD RAZIF SEBAGAI MB TERENGGANU ?

MENJAWAB PERSOALAN RAKYAT ialah perkara yang paling WAJIB dibuat oleh mana2 pemimpin kerajaan. Setiap persoalan rakyat wajib dijawab supaya tidak timbul sebarang persepsi negatif terhadap pemimpin2 kerajaan. 

Setiap kemusayakilan rakyat perlu diperjelaskan agar rakyat yakin dengan kepimpinan kerajaan. Bila rakyat yakin barulah rakyat akan teruskan sokongan kepada pemimpin kerajaan. Kalau keyakinan rakyat dah hilang alamatnya tak lama la pemimpin tu akan hilang jawatan dan gelaran sebagai pemimpin.

Contoh persoalan yang kini menjadi kemusayakilan rakyat tetapi tak diberi penjelasan terperinci dan jelas kepada rakyat ialah berlaku di Negeri Terengganu sekarang ini. Persoalan rakyat itu adalah seperti dibawah:

KENAPA YAB PM MENGEKALKAN YAB HAJI AHMAD RAZIF SEBAGAI MB TERENGGANU SEDANGKAN SULTAN TELAH MENARIK SEMUA PINGAT DAN GELARAN YANG DIBERI KEPADA BELIAU?


Bagi merungkai kemusayakilan rakyat ni, saya mengambil tanggungjawab untuk menjawabnya walaupun saya ni bukan seorang pemimpin Negeri Terengganu. Tetapi krana nak pastikan UMNO terus diyakini oleh rakyat Terengganu untuk menjadi kerajaan, saya tolong jelaskn kepada rakyat melalui media sosial ni.

Untuk makluman seluruh rakyat negeri Terengganu, sesungguhnya bukan menjadi satu perkara mudah bagi YAB PM untuk membuat keputusan berkaitan hal ini. Jika silap buat keputusan, maut akibatnya UMNO sebagai kerajaan negeri. Hal yang berlaku ni bukan hal yang kecil. Ianya merupakan satu masalah yang besar. Maka YAB PM perlu membuat keputusan yang bijak demi UMNO dan juga demi rakyat negeri Terengganu.

Rakyat Terengganu perlu matang dalam pemikiran berkaitan dengan hal yang berlaku ni iaitu Pelucutan Gelaran & Pingat YAB MB Terengganu. Rakyat perlu sedar bahawa tiada banyak pilihan untuk diselesaikan masalah ini oleh YAB PM.

Jika YAB PM membuat keputusan untuk menukar MB Terengganu ianya tidak juga menyelesaikan masalah yang berlaku. Berkemungkinan maut menanti UMNO jika Pertukaran MB berlaku. Buatnya YAB Ahmad Razif keluar UMNO dan isayatihar wakil rakyat BEBAS, tak ke hilang lagi satu kerusi UMNO di DUN.itu kalu dia sorang,kalu ada pulak aDUN lain ikut keluar parti, tak ke jadi kedudukan kerusi DUN sama rata 16/16. 

MB Baru Terengganu nak perintah dengan selesa macam mana kalau kerusi DUN sama rata 16/16? nak buat keputusan dalam DUN payah la jadinya. Bila payah kputusan DUN dibuat, yang kesiannya rakyat kerana pembangunan negeri tak berjalan laju. Yang kedua, imej Tuanku Sultan Terengganu sendiri juga akan terjejas kerana tak sampai satu penggal dah dua MB ditukar. 

Maka pertukaran MB bukan satu solution yang baik. Saya sebagai rakyat Terengganu sayangkan Tuanku dan tak mau orang pandang imej tuanku tak elok krana tak bijak buat keputusan dalam menentukan Menteri Besar.

Rakyat Terengganu perlu sedar tentang masalah utama yang berlaku sekarang yang menyebabkan pembangunan negeri lembab ialah bukan atas sebab salah Menteri Besar tetapi masalah kedudukan kerusi DUN. UMNO perintah negeri Terengganu dalam keadaan yang sangat tak selesa. Hanya lebih dua krusi DUN. 

Ini menjadikan sesuatu dasar pembangunan dan kelulusan bajet sukar untuk dibuat. Maka kedudukan kerusi DUN perlu diperbetulkan. Macam mana nak betulkan jumlah krusi DUN? ianya hanya satu cara iaitu DUN dibubar dan PRN dibuat.

Tapi untuk YAB PM dan UMNO buat keputusan untuk bubat DUN, ianya tak boleh buat tergesa2. Kalau bubar sekarang, dalam tempoh 60 hari dah kena buang undi. 60 hari tak sempat nak set up calon, nak sedia bahan kempen, penerangan rakyat. Silap haribulan mapuh keras UMNO kalau bubar tergesa2.

Kerana inilah YAB PM mengambil keputusan untuk YAB Ahmad Razif dikekalkan sebagai MB Terengganu. Oleh itu, amat menjadi harapan saya agar tidak timbul sebarang kemusayakilan lagi dalam kepala rakyat negeri Terengganu. 

Cuba fahami apa masalah yang berlaku, untuk selesai masalah tak bleh terburu2. Silap YAB PM buat keputusan UMNO lingkup. sebagai seorang presiden parti, tak kan sama sekali YAB PM nak tengok UMNO lingkup dengan hilang satu negeri..

Harap faham dan jelas ya. Sekian,wassalam.

Nukilan pemikir rakyat Terengganu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...