Translate

02/05/2016

Henti Polis Pengiring Mahathir Tindakan Tepat

"Tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan tindakan tepat. Ia sepatutnya telah lama dilakukan," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaanm, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

Menurutnya, selama ini Dr Mahathir sendiri yang memilih untuk membahayakan dirinya dengan pergi ke pelbagai tempat bercakap dan berucap perkara yang mengguris hati pihak tertentu.

"Saya rasa tidak kena untuk kita berikan dia escort untuk dia ke tempat-tempat untuk menentang kerajaan yang memberikan dia kemudahan ini. Jadi saya kira keputusan ini sudah lama patut dilakukan tetapi kita harapkan dia akan sedar bahawa perbuatan itu sebenarnya bukan atas kepentingan negara.


"Tapi kalau dia terus juga saya rasa sudah sampai masa...kita tidak mahu bertanggungjawab terhadap beliau kalau beliau yang meletakkan dirinya sendiri dalam bahaya. Dari segi logik kenapa hendak bagi keistimewaan pada orang yang sebenarnya menentang kita balik. Kalau beliau pilih untuk hendak bertumbuk kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau bila-bila masa," katanya ketika ditemui media pada Program Merakyatkan Seni Budaya: Nilai Murni Gotong-Royong di Sekolah Kebangsaan Buntal, Pantai Damai, di sini.

Sebuah portal berita tempatan melaporkan baru-baru ini bahawa polis tidak lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring ke atas Dr Mahathir berkuatkuasa 28 April lalu.
  – Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...