Selasa, 17 Mei 2016

Deklarasi Rakyat Adalah Deklarasi Elit Atau Deklarasi Cetek Dan Cacat

NIAT JAHAT MADEY MEMECAHBELAH PH SEMAKIN BERHASIL

KUALA LUMPUR - Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa sebaliknya membawa perpecahan kepada Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan berkata, ini terbukti apabila Deklarasi Rakyat yang disertai oleh pemimpin Pakatan Harapan telah menyebabkan parti-parti pembangkang dalam PH berpecah belah.

"Deklarasi Rakyat bukan Deklarasi Rakyat sebaliknya Deklarasi Elit ia deklarasi cetek dan cacat...kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad  memecahkan kita di mana seorang didaktor diangkat oleh rakyat mana logiknya.


"Kehadiran Mahathir juga telah memecahkan kita, PKR pecah dua DAP pecah dua, kita NGO berpecah," katanya dalam Debat Perdana Deklarasi: Mana Pergi Rakyat? di Dewan Perhimpunan Perniagaan Cina Kuala Lumpur hari ini.

Dakwanya oleh itu, Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa, sebaliknya membawa 'malapetaka' kepada PH.

"Deklarasi rakyat tidak mengubah apa-apa ia hanya menghancurkan kita,"katanya.

Debat Perdana dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membabitkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan; bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hasan; Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (penyokong Deklarasi Rakyat) sementara bagi pembangkang Deklarasi Rakyat diwakili Aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...