Isnin, 25 April 2016

Saranan Dr Zakir Naik Tidak Mustahil Terlaksana

SHAH ALAM - Umno Bahagian Cheras menyifatkan saranan pendakwah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik agar Pas-Umno membentuk kerajaan campuran tidak menjuruskan kepada agenda politik, sebaliknya demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Ketuanya, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, saranan itu tidak sewajarnya dipolitikkan oleh pihak berkepentingan.
"Saranan tersebut walaupun dilihat bersifat peribadi tetapi tidak bermakna saranan tersebut perlu diketepikan oleh Pas dan Umno.

"Kemungkinan beliau melihat perpecahan ketara di kalangan orang Melayu dan umat Islam di negara ini akibat perbezaan ideologi politik sebagai sesuatu yang serius dan memerlukan kepada usaha penyatuan dibuat," katanya lapor blog Umno Bahagian Cheras.


Sebelum ini, Dr Zakir Naik mencadangkan kerjasama di antara Pas dan Umno dalam memastikan kesepaduan umat Islam di negara ini.

Dalam pada itu, katanya, pemimpin politik Melayu di negara ini perlu melihat saranan Dr Zakir itu sebagai positif dan keberangkalian untuk merintis jalan perpaduan mambabitkan Pas-Umno bukan sesuatu yang mustahil.

"Usaha kerjasama Pas-Umno bukan isu baru, sudah lama kedengaran, malah saya sendiri termasuk pemimpin Umno pernah menyuarakan pandangan agar kedua-dua parti itu mencari alternatif untuk menjalin kerjasama demi kepentingan umat Islam," katanya.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata pemimpin Umno selama ini tidak mempunyai masalah atau halangan untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas jika usaha tersebut akan memberi manfaat kepada orang Melayu dan umat Islam keseluruhannya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...