Sabtu, 23 April 2016

‪#‎PRNSarawak‬: Mahathir Dilarang Masuk Ke Sarawak ???

Dilaporkan semalam (atau kelmarin) calon-calon DAP yang memulakan kempen mereka masing-masing, telah mengata PKR, kononnya tidak layak untuk jadi kerajaan di Sarawak sebab macam hilang hala tujuan (mungkin selepas Anwar masuk penjara).

Turut disebut ialah PKR ni hanya mementingkan diri sendiri, tak sedar yang dia pun banyak ambil alih kawasan kawan tu berbanding PRN 2011. Tapi tak kisahlah tu, yang penting sekarang belum apa-apa dah bertekak, belum menang lagi, tak tahu kalau menang, berapa kali nak tukar Ketua Menteri entah la nanti tu.


Pening kepala Mahathir macam ini, belum apa-apa dah bertekak pulak PKR dengan DAP. Mahathirlah sebab dia dikhabarkan akan bantu kempen pembangkang di Sarawak, takkan dia nak bantu kempen BN, bukan dia ahli UMNO pun.

Entah bagaimana Mahathir nak menguruskan masalah antara kawan-kawan barunya ni. Dek Mahathir saja, PKR dah terbelah dua, yang Presidennta tak sokong, Timbalan Presidn dan Setiausaha Agung (juga Naib Presiden), sokong pulak.

Harap-harap jantung Mahathir tidak bekerja terlalu keras memastikan kemenangan DAP dan PKR di Sarawak, takut-takut gagal berfungsi sebelum masa.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...