Sabtu, 26 Mac 2016

Khairuddin ‘Hero Mahathir’ Yang Huru-Harakan Keluarga Anwar

KUALA LUMPUR – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard menyifatkan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan sebagai ‘Hero Mahathir’ yang menghuru harakan keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga seorang penipu.

Dalam kenyataan Chegubard menerusi Facebooknya berkata, pengakuan Khairuddin yang mendakwa diminta oleh Anwar bagi memulihkan hubungannya dengan Tun Mahathir merupakan satu penipuan.

Malah, Khairuddin juga didakwa adalah orang yang bertanggungjawab memenjarakan Anwar sebelum ini.

“Mamat khairuddin ni tiba – tiba mengaku sepupu Anwar Ibrahim, bawa cerita tipu yang konon Anwar minta dia terlibat pulih hubungan keluarga Anwar dengan Mahathir.


“Ni nak bagitahu, mamat ni yang konon sepupu ni lah yang jadi ‘penerbit’ buku 50 dalil yang jadi bahan fitnah hampir hancurkan keluarga Anwar dan menghuru harakan negara. Berapalah mamat ni dapat untuk peranan dia. Dia nilah yang kelihatan seolah urus semua saksi – saksi pendakwa (jahat) ke mahkamah dalam kes fitnah 1 dulu… malah operasi psywar fitnah dan aibkan Anwar ketika itu dia banyak terlibat,”katanya.

Chegubard turut mendakwa, Khairuddin juga dikenali sebagai kaki pusing dan ‘black mail’.

“Baru ni dia bankrap sebab meniaga “buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap”… bini artis maka hidup kena macam hero filem hollywood mewah… bila bankrap nak guna title jawatan dalam UMNO dapat bantuan, malangnya Najib tak pedulikan dia maka dia bijak hidu peluang pergi ke Mahathir jadi hero.

“Mahkamah istihar dia muflis tapi siapa bayar hutang bank dia yang banyak tu tiba-tiba dapat balik pasport untuk ke luar negara ? Muflis tapi berjalan mewah keliling dunia hanya kerana jadi hero Mahathir malah dia sekarang bawa kereta mewah Mahathir ke hulu ke hilir,”katanya.

Tambahnya lagi, Khairuddin sekali lagi didakwa muncul mengganggu keluarga Anwar dengan membawa cerita dongeng kononya Anwar perlukan Mahathir.

“Pakar belit seperti inilah yang pembangkang boleh angkat sbg antara hero perubahan ? Ni nak bagitahu hang jangan perasan (Khairuddin) dan jangan ada yang tertipu. Wan Azizah dan Nurul Izzah tak akan hadir program bersama Mahathir dan harap semua faham isyarat itu. Mahathir hanya gunakan keadaan ini untuk kehendaknya ditunaikan, lepas itu dia akan pijak pembangkang semula,”akhirinya.

Terdahulu, Chegubard mendakwa dua hari lalu, sebuah laman blog mendedahkan Khairuddin telah membuat satu pertemuan dengan seorang lelaki warga asing di Hotel Eastin, PJ.

Menurut sumber tersebut, gerak geri lelaki dan Khairuddin amat pelik seperti tidak memandang ketika bercakap.

Timbul persoalan siapa lelaki tersebut dan adakah berlaku ‘hulur envelope’ dalam pertemuan tersebut. Keesokannya, selepas perjumpaan Khairuddin membuat kenyataan dihalang imegresen ke luar negara dan dikatakan sudah ada jet mewah pun sudah menunggu sedia Khairuddin di Subang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...