Jumaat, 25 Mac 2016

Anggota Polis Samakan Najib, Zahid Dengan Binatang

 Facebook: Ahmad Zabidin telah menambah 6 foto baru — bersamaPertahan Negara Kita 

Hebat anggota Polis tua sorang ni. PM & TPM hari-hari dia kutuk, dia cacimaki & bantai kt facebook dia. Siap gelar Najib & Zahid sbg 2 ekor 'BERUK'. Ketua Polis Negara dia sindir.

Polis tua dah bercucu ni bila komen kt fb siap mencarut & melucah.

Dia nk popular sgt. Tkpe kita bg dia popular. Duit gaji kerajaan bayar utk berkhidmat sbg anggota Polis yg baik & berintergriti, bukan jd macai mcm ni !!

*Dgrnya dia dari IPD Kulai, Johor.


KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis didakwa menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai beruk.


Menuerusi status Facebook Ahmad Zabidin berkata, anggota polis yang dikenali sebagai Azmie Yatim itu dilihat seringkali mengeluarkan status dengan kata-kata kesat sambil membandingkan kejayaan yang dibawa oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohaamd di laman sosialnya.

“Bosan tengok TV3, asyik cerita Najib 2.6 billion, 1MDB dengan Zahid Bangla.. Woi rakyta nak tahu cerita rakyat Malaysia bukan cerita berok dua ekor ni.. meluat.


“Tun diberi keizinan masuk ke dalam Kaabah (tapi) si botak penyamun (dipercayai merujuk kepada Najib) cium Kiswah je itu pun kat dinding luar.

“Najib cuba-cuba pakai jubah nak pancing orang-orang Pas tapi orang Pas lagi bijak, dia tahu najib botak siapa.. penyamun.. satu dunia tahu,” tulisnya di Facebook sebelum ini.

Tinjauan SuaraTV di laman media sosial mendapati, rata-rata mengesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menjalankan siasatan berhubung isu ini.

“Hebat anggota Polis tua sorang ni. PM dan TPM hari-hari dia kutuk, dia cacimaki dab bantai kat facebook dia. Siap gelar Najib & Zahid sebagai dua ekor ‘BERUK’. Ketua Polis Negara dia sindir.

“Polis tua dah bercucu ni bila komen kat fb siap mencarut dan melucah. Dia nk popular sangat. Takpe kita bagi dia popular. Duit gaji kerajaan bayar untuk berkhidmat sebagai anggota Polis yg baik dan berintergriti, bukan jadi macai macam ni !!,” tulis Ahmad Zabidin.

Tambahnya lagi, lelaki tersebut merupakan anggota polis yang sedang berkhidmat di IPD Kulai, Johor.

Pihak kami sedang mencuba untuk menghubungi Ketua Polis Johor bagi mendapatkan maklumbalas berhubung isu ini,- SuaraTV

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...