Ahad, 21 Februari 2016

USTAZ ATAU SYAITAN: Bodoh, Bangang Punya Polis Trafik

Kuala  Lumpur – Tindakan anggota polis trafik yang menangkap gambar bagi mengesan kenderaan yang membawa melebihi had laju yang ditetapkan telah menimbulkan kemarahan seorang penceramah agama.

Nahar Afandi Ghazali yang juga merupakan anak kepada pengasas Pusat Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq di Kampung Melayu Rasa, Kuala Selangor berkata, tindakan anggota polis trafik yang menjalankan tugas itu sebagai bodoh dan bangang.

“… (buat) ‘road-block’ polis tak sembahyang, bodohnya punya polis… kadang hari Jumaat buat ‘speed-track’ bodohnya punya polis trafik.


“Semalam aku nak datang sini ceramah, di lebuhraya polis trafik punya bodoh dia pergi ambil ‘speed-track'” katanya ketika menyampaikan kuliah agama tersebut” katanya melalui klip video yang dikirimkan oleh pembaca SuaraTV.

Menurut Nahar lagi tindakan tersebut adalah bertentangan dengan hukum Islam dan gaji yang diperolehi oleh anggota polis trafik yang tidak menunaikan solat jumaat adalah haram.

“Hari Jumaat engkau (polis) boleh jaga negara, cuti daripada sembahyang sekiranya ada rusuhan atau ada bab yang menggangu ketenteraman negara.

“Tapi kalau saja-saja nak ambil ‘speed-track, nak buat road-block yang tak ada unsur atau bersanggkutan dengan undang-undang maka haram gaji pada hari itu, faham (macam mana) nak bagi makan pada anak bini… sebab itu anak-bini (polis tarfik) tak boleh jadi orang alim dan soleh kerana unsur yang masuk (dalam badan) dari duit haram,” katanya lagi dengan nada yang marah.

SuaraTV bagaimanpun tidak dapat memastikan bila dan dimana kuliah agama tersebut diadakan.

Sementara itu, rata pengguna media sosial menyifatkan kata-kata nista yang dituturkan oleh pencaramah agama tersebut bukan merupakan sebahagian daripada Islam.

Mereka turut menggesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan untuk menangkap penceramah tersebut kerana mengunakan platform agama untuk memfitnah dan menghina anggota polis. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...