Selasa, 23 Februari 2016

Berani Kah Mahathir Nak Sumpah Al-Quran, Nak Tunggu Wahyu Ke?

Mahathir beberapa hari lepas dikatakan bersedia bersumpah menjunjung Al-Quran untuk membuktikan dakwaannya ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB dan dana RM 2.6 billion - jika diminta.

Siapa mintak, bagaimana nak mintak, dia tak pulak sebut, jadilah benda itu tergantung begitu sahaja, tapi junjung Al-Quran saja pun yang kita cakapkan ni.

Gamaknya susah nak bersumpah menjunjung Al-Quran tu ye, sebab sehingga sekarang masih tak nampak lagi Mahathir bersumpah menjunjung Al-Quran seperti yang dikatakkannya tu.


Apa yang Mahathir tunggu agaknya, wahyu dari langit ke? Kalau isunya takde orang minta, sekarang penulis minta Mahathir teruskan junjung Al-Quran itu.

Begitupun dalam masa yang sama, junjung Al-Quran ini membuktikan Mahathir bersedia untuk berdosa dan dilaknat Tuhan kalau apa yang dituduhnya itu salah - dari segi undang-undang, ia tidak membawa sebarang makna sama sekali.

Kita tidak membahas Mahathir nak jadi apa bila mati besok, itu antara dia dengan Allah swt, yang kita berbahas ni apa yang berlaku di dunia sebab itu saja yang boleh, dah mati nak berbahas apa lagi ye tak?

Itupun kalau Mahathir dah angkat sumpahlah seperti yang dikatakannya, masalahnya dia cakap saja, buat apa pun tak lagi ni, gebang saja besar.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...