Sabtu, 30 Januari 2016

KEPINCANGAN PENTADBIRAN SEMAKIN BERTAMBAH BURUK ???

KUALA LUMPUR, 29 Januari: Empat cawangan Umno di Kedah memberi amaran kepada pemimpin bahagian negeri itu supaya bersedia terhadap tindak balas daripada pengundi, atas cubaan menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Cawangan yang menyuarakan sokongan terhadap Menteri Besar Kedah itu adalah Jalan Badlishah, Bandar Laguna, Kg Pinang dan Taman Bunga Raya yang terletak di bawah Bahagian Merbok.

Cawangan terbabit memberi amaran kepada Umno Kedah yang mereka perlu menerima akibat daripada cubaan menyingkirkan Mukhriz tanpa mendapat mandat akar umbi.

Pemimpin Umno Cawangan Jalan Badlishah, Anuar Abdul Hamid berkata, ahli parti yang menyokong Mukhriz akan menjelajah ke seluruh negeri jelapang padi itu untuk mencapai bahagian-bahagian Umno lain di Kedah.


“Banyak cawangan Umno di Kedah tidak gembira dengan apa yang berlaku di Kedah.

“Pandangan ketua cawangan perlu diambil kira, apabila melibatkan dasar yang besar dan utama.

“Ketua bahagian tidak berhak memecat Datuk Seri Mukhriz Mahathir, tanpa mendapat mandat daripada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

Tambahnya, Mukhriz adalah ikon anak muda, bukan sahaja di Kedah, malah di seluruh negara dan tempoh perkhidmatan Mukhriz yang singkat adalah tidak adil dijadikan pengukur kejayaan beliau.

Sehubungan itu, mereka mahu Menteri Besar dan semua exco sedia ada dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14, untuk terus memajukan Kedah.

Bekas anggota tentera itu berkata, bukti sokongan kuat rakyat Kedah terhadap Mukhriz, termasuk perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pada Ahad dan Isnin ini.

Bersambung: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...