Translate

07/07/2015

AKIBAT TERLALU PANDAI INI LAH PADAHNYA


PASIR MAS, 6 Julai: Seorang lelaki berusia 27 tahun hancur tangan kanannya selepas bahan letupan dipercayai mercun buatan sendiri meletup di tapak tangannya dalam kejadian di Kampung Chetok awal pagi tadi.

Difahamkan, mangsa yang juga bekas askar cedera parah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut.

Akibat letupan kuat itu mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian badan selepas terkena serpihan dipercayai mercun buatan sendiri atau dikenali sebagai ‘spedo’ di negeri ini.

06/07/2015

Pertemuan Khairuddin-Brown Ada Kaitan Pendedahan SR?


Jika benar, tindakan tegas perlu diambil.

PETALING JAYA: Gambar Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bersama pengasas Sarawak Report (SR), Clare Rewcastle Brown menimbulkan syak mengenai pembabitannya sebagai pemberi maklumat yang membawa kepada pendedahan isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Berdasarkan carian The Star, didapati Khairuddin yang secara terang mengkritik 1MDB memuatnaik gambar di Facebook beliau pada 1 Julai lalu selepas pertemuan di London. Mereka dikatakan membicarakan mengenai penahanan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andrea Justo.

05/07/2015

Mahathir didakwa bersekongkol dengan warga asing untuk guling Najib ?


PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mendakwa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bersekongkol dengan warga asing untuk menjatuhkan beliau menerusi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau menegaskan bahawa Dr Mahathir merupakan dalang "pembohongan terkini" dan mendedahkan beliau menjadi sasaran Dr Mahathir setelah enggan menuruti kehendak peribadi mantan Perdana Menteri itu.

Sumber: KLIK DISINI

Peliknya Tun Mahathir pernah suatu ketika dahulu ketika Anwar Ibrahim menggunakan media asing untuk menyerang kepimpinannya menasihati rakyat agar sentiasa berhati-hati dan ada sifat curiga segala bentuk bantuan yang mau diberikan oleh media-media asing ini.

Kini beliau kelihatan sudah menjilat balik kahak pekat hijaunya itu .. sanggup menjilat demi memuaskan agenda balas dendam kesumatnya

04/07/2015

MAHFUZ JANGAN LAH JADI BODOH SANGAT, MACAM MANA DENGAN KABINET BAYANGAN PKR ???


INI BARU DINAMAKAN "WAKIL RAKYAT BADUT"

ALOR SETAR - Kerajaan wajar mengurangkan saiz kabinet dari 35 kepada 19 menteri dan timbalan menteri sahaja. 

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia dapat mengurangkan perbelanjaan negara dengan memecat mereka yang tidak berkualiti dan berintegriti.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hampir pasti akan melakukan rombakan kabinet berikutan krisis yang berlaku dalam MIC.

01/07/2015

ANNUAR MUSA PERLU JAWAB, JANGAN JADI MACAM MENTERI BADUT !!!


ANNUAR KENA INGAT, KES DULU SEMASA JADI MENTERI PUN TAK SELESAI2.

KUALA LUMPUR - Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) hari ini mengajukan lagi soalan kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berkaitan pembelian hartanah di Australia yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Pengarahnya, Akmal Nasir berkata, Annuar ataupun mana-mana pihak yang mempunyai jawapan perlu menjawab kerana isu itu melibatkan kepentingan awam.

"NOW ada soalan cepumas untuk Tan Sri Annuar atau mana-mana pihak jawab. Mengapa Mara meluluskan pembelian 51 Queen Street yang harganya RM18 juta lebih mahal daripada harga pasaran?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...