Translate

04/12/2015

Tak Rugi Jika Muhyiddin Tidak Berucap Serta Menjijikkan

KUALA LUMPUR, 3 Disember: Umno tidak rugi, walaupun timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan berucap pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dijadualkan bermula minggu depan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyokong keputusan itu, jika Muhyiddin sekadar mahu mengulangi isu yang sudah diperbincangkan, seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Apa untungnya nak dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung Umno, kerana dah meluas serata dunia diperbincangkan mengenai isu 1MDB dan dana politik RM2.6 bilion.


“Ia bukan isu baru, Tan Sri Muhyiddin sudah bangkitkan perkara ini semasa beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu.

“Tidak ada apapun perkara baru yang hendak disampaikan Tan Sri Muhyiddin, kerana tindakan untuk selesaikan pun sudah dilakukan,” katanya yang dilaporkan portal Agenda Daily.

Menurut Mohamed Nazri, sekiranya Muhyiddin mahu berucap untuk menghasut ahli parti supaya membenci Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, ia bukan sahaja tidak mendatangkan faedah kepada parti, malah akan mengeruhkan lagi masalah dalaman Umno.

“Sekiranya perkara ini dibangkitkan, apa benda lagi yang belum dibuat oleh kita untuk nak menyelesaikan masalah.
“Apa ruginya jika Tan Sri Muhyiddin tak berucap? Ahli-ahli sayap nak hadapi hari esok dengan tenang, tak perlu memikirkan ucapan beliau. Kita mahu mendengar ucapan ketua-ketua sayap, tak rugi kita kalau timbalan presiden tidak berucap.

“Kalau beliau berucap bantai presiden, sah esoknya beliau akan kena bantai oleh perwakilan, apa untungnya,” kata Menteri Pelancongan itu.

Tambah Mohamed Nazri, beliau tidak akan teragak-agak meminta kebenaran berucap untuk ‘hentam’ semula kenyataan Muhyiddin, sekiranya beliau berucap sedemikian rupa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...