Rabu, 9 Disember 2015

Muhyiddin Tak Datang Malam Tadi Siapa Pulak Larang?


Sejak beberapa bulan selepas dipecat, Muhyiddin Yassin cuba memberi gambaran bahawa dia dibuang kerana ada suatu yang salah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengendalikan isu berkaitan 1MDB.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin juga seringkali mengeluarkan kenyataan ada cubaan untuk menutup mulutnya dari bercakap, tambah bila Ketua sayap minta mereka yang rasmi mesyuarat sayap masing-masing, bukan Muhyiddin seperti mana biasa (biasa, bukan mesti dia), lagilah meroyan Muhyiddinnya.


Tapi semalam, Muhyiddin gagal hadir dalam majlis amanat Presiden yang disampaikan kepada semua perwakilan. Kerusi yang dikhasan untuknya kosong saja, Najib gentleman saja disebelaj menanti orang yang nak dia bercuti ni. Tak alih pun kedudukan kerusi tu.

Memang Pahlawan Bugis betul, tapi Pahlawan Jawa pulak tak datang.

Kita tak pulak kita tahu ada sesiapa menghalang Muhyiddin dari masuk kerana sekutunya dalam gerakan menentang Najib, Shafie Afdal ada hadir.

Apa alasan atau sudah malu alah terlanjur mahu Najib melepaskan jawatan seperti dalam ucapan di Kg Baru kelmarin? Kata nak tunjuk handal sangat, bersemukalah kalau berani.

Jadi, hari ini pasti menarik, mesyuarat MT malam nanti pasti ditunggu-tunggu, silap-silap Muhyiddin besok hanya tinggal sejarah. Kalau itu yang berlaku, dia boleh masuk pembangkang atau tubuh parti baru dengan Mahathir.

Pautan: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...