Selasa, 22 Disember 2015

Mahathir Guna 'Kuda Tua' Yang Penuh Skandal Untuk Serang Najib

Nampaknya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir masih belum dapat 'tidur lena' selagi hasratnya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak tercapai.

Walaupun pelbagai cara dan kaedah telah digunakan, namun ternyata 'gerakan tolak Najib' seperti bertemu jalan buntu.

Mahathir sebelum ini telah mengunakan 'khidmat' ketua-ketua cawangan untuk mendesak Najib untuk berundur, kini dia turut mengunakan 'suara' bekas-bekas menteri kabinet atau 'kuda tua' bagi mewujudkan persepsi kononnya ia merupakan gerakan rakyat.


Namun apa yang menggelikan hati ialah, semua 'askar-askar upahan' Mahathir itu merupakan 'kuda-kuda tua' yang penuh dengan skandal dan dosa.

Antara 'kuda tua' yang sedang ditunggang oleh Mahathir ketika ini ialah Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Dr Ling Liong Sik.

Namun apabila diteliti mereka yang bertindak sebagai penyambung lidah Mahathir ini penuh dengan skandal dan salah guna kuasa ketika mereka mempunyai jawatan suatu ketika dahulu.

Sebagai contoh, Liong Sik pernah terpalit dengan skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dia didakwa menipu Kerajaan Malaysia kerana tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Dia juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Manakala Sanusi pernah terlibat atas atas tuduhan mencederakan dua pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berdasarkan laporan, dua pekerja KLIA itu telah dipukul, ditampar dan ditendang berulang kali oleh Sanuis hanya kerana mereka terlambat menyediakan kerusi roda.

Ketika perbicaraan dia kemudianya mengaku bersalah atas dakwaan tersebut.

Malah ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Pertanian semua projek yang 'diilhamkannya' GAGAL.

Antaranya projek minum koko yang dilancarkan olehnya satu masa dahulu?

Tidak cukup dengan itu, sektor pertanian menjadi semakin buruk dan tidak berdaya maju di zamannya, hingga beras yang menjadi makanan asas rakyat juga terpaksa diimpot.

Malah anaknya Akhmarsyah ketika bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dilaporkan telah mengunakan sejumlah wang yang banyak untuk membayar para perwakilan agar dapat membeli undi.

Namun 'rasuah' tersebut gagal membeli undi seperti yang diharapkan.

Kelakar bukan, mereka yang penuh dengan skandal dan salah guna kuasa ketika menjawat jawatan suatu ketika dahulu, cuba bercakap seperti 'malaikat' apabila pencen.

Renung-renungkan....nukilan BALQIS SHEIKH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...