Khamis, 17 Disember 2015

Kenapa saya tolak kepimpinan DS Najib Tun Razak ??!!


Ketika DS Najib mengantikan kedudukan Perdana Menteri Malaysia saya sangat gembira kerana saya yakin DS Najib adalah insan yang terbaik untuk mengambil alih kerajaan daripada kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pembangkang ketika itu agak kuat menyerang keperibadian DS Najib dari segi politik sehinggalah ke dalam isu rumahtangga.

Saya masih ingat lagi ketika itu CYTRO Pro UMNO/BN hidup segan mati tak mahu. Kita tidak terlalu kuat pada masa itu berbanding dengan kekuatan CYTRO Pakatan Rakyat. Ketika itulah CYTRO UMNO/BN bersatu di satu payung membantu mengerakkan jentera bagi mempengaruhi pengguna media sosial untuk menyokong kepimpinan DS Najib Razak. Duit sendiri sendiri je..


Pada ketika itu, ramai yang segan nak pakai baju UMNO kerana bimbang akan di ejek oleh masyarakat kerana masyarakat sangat terpengaruh dengan dakyah yang di bawa oleh pihak pembangkang. Hanya kita sahaja yang tidak kisah dengan ejekkan dan makian oleh orang yang beralih arah ke pembangkang. Saya antara salah seorang yang aktif di media sosial ketika itu dan sering di ajak ke Kem Janda baik untuk program media sosial di bawah Penerangan UMNO yang di ketuai oleh Datuk Ahmad Maslan.

Ramai gak nama nama besar yang saya kenal dan yang paling saya takkan lupa adalah PAPA GOMO, AZMYAWANG KELANAJAYA, JAS SALLEH , JIWA PARADOX, PAS BERUK, KEY MARZUKI, PARPUKARI dan beberapa lagi.. saya kulur kilir naik motor je bro... hahaha.. UMNO punya pasal beb...

Saya banyak pergi kursus yang dianjurkan oleh BTN bagi memantapkan sahsiah dan jatidiri untuk menanam kesetiaan saya pada AGAMA BANGSA dan TANAH AIR dan mempertahankan ULIL AMRI dari fitnah dan cacian yang dilemparkan oleh pihak pembangkang.. Bukan ganjaran yang dikejarkan semata mata.. Sebab saya bukanlah peniaga.. Saya bukanlah kontraktor ... Cuma saya sayangkan parti UMNO dan mahu menjadi cytro yang sentiasa setia kepada kepimpinan DS Najib.

Tapi pd tahun 2011-2013 sy ditugaskan di Mesir bagi menjaga pelajar melaka di sana. Walaupun saya di Mesir saya tetap menjalankan gerak kerja cytro. saya sangat aktif ketika di Mesir dan pernah mengendalikan PAGE politik yang terkenal. ( page dirahsiakan ) Masa di Mesir kita dah buat persediaan awal di media sosial untuk menjatuhkan kepimpinan Ds Anwar Ibrahim.

Gerak kerja kita adalah untuk memenangkan DS Najib Tun Razak !!

Januari 2013, DS Najib Razak bersama deligasi membuat 1 rombongan khas bagi melawat GAZA. Semua Pegawai Kedutaan Malaysia serta Pegawai Kerajaan Negeri di beri tugasan masing masing bagi melancarkan program Lawatan DS Najib Razak. Nasaruddin Mat Isa dan Zulkifli Nordin antara yang ikut DS Najib Razak ke GAZA. Ada satu benda yang korang kena tahu.. DS Najib Razak pergi GAZA melalui Zon Merah.

Zon Merah ni adalah tempat di mana Tentera Yahudi boleh melepaskan tembakkan ke arah musuh bila bila masa. Hanya DS Najib Razak pemimpin No 1 Negara Islam pertama yang melalui ZON MERAH itu. Belum ada mana mana pemimpin yang boleh buat macam DS Najib Razak. Itulah perkara yang ramai orang tak tahu.

Ramai pemimpin arab yang kagum dengan keberanian Ds Najib Razak. Jadi sebenarnya saya tiada rasa keraguan pun tentang derma RM2.6Billion tu. Saya percaya ada pemimpin arab yang sanggup bagi duit sebanyak tu bagi membantu UMNO terus memerintah di Malaysia.

Sebab dasar kerajaan kita sangat menjaga kepentingan agama islam dan sentiasa membantu umat islam yang tertindas di negara jiran. Saya ada rasional sendiri mengapa saya tidak kisah dengan bab derma tu dan saya yakin memang negara arab boleh bagi wang sebanyak itu...

Saya menolak cara kepimpinan DS Najib Razak hari ini disebabkan beliau telah melantik ULAR kepada NAGA yang sangat menyusahkan rakyat. Kenaikan harga barang dan cukai semakin meningkat serta pelaksanaan GST yang carca marba sangat memeritkan rakyat. Apa kerja penasihat Perdana Menteri ? Punai punai ni takde perasaan ke pada rakyat marhaen ?

Kenaikan kos hidup hari ini sangat mendadak dan ianya sudah tentu membebankan rakyat. Menteri Menteri lain juga seperti tidak berfungsi dengan baik bagi membantu DS Najib Razak. Pegawai tertinggi dalam kerajaan juga tidak mendengar denyut nadi rakyat. Entahlah tidak membantu secara menyeluruh berlagak pula tu... Dan paling saya tak tahan adalah memecat Timb Perdana Menteri.

Walhal DS Najib Razakk sendiri yang membuka pintu demokrasi dan kritikkan terbuka kepada pemerintah waimah dari dalam mahupun luar. Saya yakin keputusan itu bukanlah datang dari jiwa DS Najib. Tapi PUNAI PUNAI ni telah memanipulasikan keadaan. Kemana keberanian dan kepahlawan najib? mengapa tidak bersihkan orang orang yang merosakkan anda? saya malu untuk mempertahankan lagi cara kepimpinan DS Najib disebabkan PUNAI PUNAI disekeliling tidak menjalankan amanah dengan baik.

Walaupun saya tidak menyokong lagi kepimpinan DS Najib, saya setia pada UMNO.. SUK UMNO pun apa kurangnya... antara parasit juga... Merosakkan UMNO... Rakyat marhaen juga yang bagus... Entahlah menyumbang kepada kerajaan.. Tidak merompak pula wang rakyat.... Tak macam segelintir pemimpin UMNO. ambil kesempatan di atas kesempitan orang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...