Jumaat, 13 November 2015

Bebas Aduan dan Salah Laku Pegawai Penguatkuasa

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700 kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.

Akta ini menggantikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005. Penubuhan Suruhanjaya ini adalah selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan justeru memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.
Sejak Akta ini dikuatkuasakan, Suruhanjaya ini telah mula melaksanakan fungsi-fungsi seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 4 Akta 700. Fungsi utama Suruhanjaya ini adalah menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran berhubung dengan aduan yang diterima.
Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti penguatkuasaan akan sentiasa dipantau dan sekiranya terdapat salah laku, tindakan susulan yang sewajarnya akan disyorkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...