Jumaat, 9 Oktober 2015

PEMIMPIN PEMUDA PERINGKAT AKAR UMBI MASIH TIDUR ???

KUALA LUMPUR, 8 Oktober:

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui sukar untuk mendapatkan undi pengundi muda kerana majoriti mereka adalah pengundi atas pagar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kaji selidik yang dijalankan oleh Ilham Centre bahawa tiada parti politik yang berani untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi muda.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ilham Centre Hisomuddin memetik laporan Astro Awani berkata, tambahan menjelang pilihan raya umum ke 14, kekuatan parti terletak pada kekuatannya untuk mendapatkan undi daripada golongan itu.


“Saya berpendapat kajian itu tepat. Daripada pemerhatian, Pemuda Umno dan Barisan Nasional, pengundi muda masa kini ramai atas pagar.

“Ini bermakna, mereka belum lagi membuat keputusan. Ada pengundi yang baru pertama kali keluar mengundi,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, hari ini.

Tambahnya, kajian itu juga tepat berdasarkan pemerhatiannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...