Translate

05/10/2015

Parti Amanah Johor didakwa umpama PEROMPAK BERLESEN ?

JOHOR BAHRU - Pas Johor mendakwa Parti Amanah Johor tidak amanah kerana tindakan parti itu berhasrat mengambil-alih beberapa aset yang menjadi markas Pas di dua kawasan.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mengikut hukum Islam, bangunan diwakafkan kepada Pas sebelum ini menjadi hak parti itu walaupun pemilik asal menyertai parti lain.

“Bangunan atau tanah yang diwakafkan kepada Pas bukan lagi milik individu, ia sudah menjadi milik masyarakat kerana ia dibangun hasil sumbangan orang ramai.


“Tidak wajar bangunan itu ditukar milik walaupun pemiliknya melompat parti. Dari segi hukum itu tidak betul, sudah tidak amanah. Jika dia keluar Pas akan ada orang yang menggantikan tugasnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat perundangan bagi memuktamadkan perkara berkenaan dan membawanya ke mahkamah jika perlu.

“Aset ini bukan harta sepencarian kerana pada asalnya sumbangan diberikan untuk Pas walaupun mereka sudah dapat surat dari pesuruhjaya sumpah, tetapi dari segi hukum ia adalah hak Pas.

“Kita masih belum buat keputusan tentang perkara ini ,tetapi kita akan muktamadkan dan membawanya ke mahkamah jika Pas mempunyai peluang untuk menang,” katanya.

Sumber: KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...