Translate

16/09/2015

Lebih 250,000 peserta hadir Himpunan Baju Merah


KUALA LUMPUR, 16 September:

Tidak kurang dari 250,000 peserta himpunan Kebangkitan Rakyat Bersatu hadir bagi menyertai himpunan tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata ramai lagi peserta cuba memasuki kawasan Padang Merbok tetapi memandangkan lokasi itu tidak dapat memuatkan semua peserta yang hadir dalam satu masa, maka setengah daripadanya hanya sempat berkumpul di Jalan Sultan Ismail.

“Himpunan ini merupakan himpunan aman dan pihak yang menimbulkan kekacauan akan diambil tindakan selaras dengan undang-undang negara,” katanya ketika berucap dalam himpunan Baju Merah di sini hari ini.


Annuar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berada di Sabah ketika himpunan itu diadakan turut menghubungi beliau dan menyatakan bahawa beliau terkejut dengan sokongan yang dinyatakan peserta himpunan Kebangkitan Rakyat Bersatu yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menyertai himpunan tersebut.

“Dengan ini, saya mengistiharkan resolusi himpunan pada hari ini iaitu, mempertahankan demokrasi yang luhur, memupuk masyarakat cintakan perpaduan, mempertahankan kestabilan dan menolak perkauman.

“Selain itu, kita juga menolak campur tangan orang asing dalam hal ehwal negara, menolak himpunan Bersih yang tidak beradap, terus bersatu menyokong kerajaan yang dipilih rakyat, menyokong kerajaan menghadapi masalah ekonomi, mempertahankan kesatuan milik bumiputra, mempertahankan prinsip-prinsip rukun negara dan menolak politik berunsurkan fitnah,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...