Khamis, 9 Julai 2015

TUN MAHATHIR DI TAHAN UNTUK BANTU SIASATAN ???


Tangkap saya? Teruskan, kata Mahathir

KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tiada alasan untuk menahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya kerana bagi memenuhi saranan `nakal’ beberapa pihak.

Beliau berkata, polis tidak perlu menuruti saranan pihak lain untuk menangkap dan menahan individu tertentu.

“Saya tidak tahu apa saranan yang dibuat mereka ini untuk menangkap orang itu dan ini.

“Pada saya itu saranan ‘nakal’ yang tidak perlu dilayan.


“Tiada sebab untuk saya menangkap Tun (Dr) Mahathir,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Majlis Pelancaran Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri di ruang legar Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Isnin lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah mahu KPN menahan Tun Dr Mahathir.

Katanya, jika benar Dr Mahathir adalah dalang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil wang dari 1Malaysian Development Berhad (1MDB), pihak berkuasa sepatutnya tidak berlengah untuk membuat tangkapan.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...