Isnin, 13 Julai 2015

Pasangan Gay Tetap Berkahwin Walaupun Dilarang

Pasangan Gay Tetap Berkahwin Walaupun Dilarang. Gay di Malaysia bolehlah ke AS untuk berkahwin disana.

SATU pasangan gay di Beijing, China telah berkeras dan tetap melangsungkan perkahwinan terlarang mereka di sebuah lokasi tertutup walaupun dilarang oleh pihak polis tempatan.
Tindakan itu telah dilakukan sehari selepas Mahkamah Agung di Amerika Syarikat mencipta sejarah apabila mengisytiharkan perkahwinan sejenis di kesemua 50 buah negeri di sana telah dihalalkan.

Walaupun penyatuan ‘cinta’ Ling Jueding, 34, dan Gino, 27, tidak mendapat pengiktirafan dalam undang-undang di China, mereka berdua tetap berkeras untuk melansungkan perkahwinan tertutup di sebuah restoran yang dihadiri ahli-ahli keluarga dan teman rapat.
Mereka bagaimanapun menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan lokasi perkahwinan dan sebanyak 10 buah restoran di sekitar ibu kota China itu telah menolak permintaan mereka untuk berbuat demikian.
Pada hari perkahwinan tersebut, mereka menerima surat amaran daripada pihak polis namun tidak diendahkan langsung dan pasangan pengantin baharu ini tetap meneruskan majlis itu.
Pasangan itu berjumpa pada tahun 2013 di dalam sebuah majlis yang dikendalikan oleh syarikat Ling yang juga merupakan syarikat aplikasi laman sosial gay.
Sejak daripada itu, mereka sering menggunakan alasan perkerjaan untuk berjumpa dan menjalinkan hubungan cinta selepas itu.
Selepas disatukan dalam majlis tertutp itu, mereka berdua merancang untuk pergi ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan lesen perkahwinan sivil mereka.
Nampaknya gejala perkahwinan sejenis ini semakin berleluasa dan golongan seperti ini juga dilihat semakin berani bertindak sejak hak mereka ‘ditegakkan’ oleh Mahkamah Agung di Amerika Syarikat.
Semoga ia tidak menular ke dalam negara Malaysia dan harapnya kisah kaum Nabi Luth dapat dijadikan contoh dan pengajaran bahawa aktiviti ini sememangnya dilaknat Allah s.wt. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...