Translate

12/07/2015

PERCERIAN TALAK TIGA BERLAKU DI BULAN RAMADAN


KETIKA pembangkang sibuk memburuk-burukkan kepimpinan negara susulan pendedahan sebuah akhbar asing yang terbukti amat diragui kesahihannya dan didalangi Zionis, rumah tangga mereka sendiri teruk berantakan.
Terbaharu pada Sabtu, semasa seluruh negara bertumpu ke KLIA bagi memperingati ulang tahun pertama tragedi MH17, pakatan tiga parti anti-BN itu nampaknya semakin sah bercerai berai dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Tanpa hujan atau ribut, Setiausaha Majlis Syura Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh secara rasmi mengumumkan usul dibawa Dewan Ulama Pas ketika muktamar lebih sebulan lalu di Kuala Selangor diluluskan.

Ia sekali gus bakal memberi gambaran Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 2008 lalu memang sah dibubarkan seperti mana diumumkan DAP secara sebelah pihak dua hari sebelum ketibaan Ramadan pada bulan lalu.
Malah pemimpin DAP, Lim Guan Eng akhir bulan lalu turut minta masyarakat menyebut rujukan pemerintahan politik di Pulau Mutiara bukan lagi sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat, sebaliknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sumber: Rujuk DISINI, dan DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...