Selasa, 7 Julai 2015

AKIBAT TERLALU PANDAI INI LAH PADAHNYA


PASIR MAS, 6 Julai: Seorang lelaki berusia 27 tahun hancur tangan kanannya selepas bahan letupan dipercayai mercun buatan sendiri meletup di tapak tangannya dalam kejadian di Kampung Chetok awal pagi tadi.

Difahamkan, mangsa yang juga bekas askar cedera parah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut.

Akibat letupan kuat itu mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian badan selepas terkena serpihan dipercayai mercun buatan sendiri atau dikenali sebagai ‘spedo’ di negeri ini.


Kejadian jam 6 pagi ini dipercayai kes kedua kecederaan membabitkan mercun buatan sendiri di Kelantan.

Sementara itu, sumber polis menjelaskan letupan kemungkinan hasil daripada bom buatan sendiri yang digunakan dalam kegiatan mengebom ikan.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut akan dijalankan kerana mangsa dikatakan masih belum stabil.

Minggu lalu seorang pelajar Tingkatan Tiga dari Wakaf Bharu, Tumpat hancur empat jari tangan kanannya selepas mercun buatan sendiri meletup di tapak tangannya.

Mangsa dikatakan bermain mercun buatan sendiri bersama tiga lagi rakannya selepas waktu berbuka puasa dan hasil letupan itu turut didengari oleh ibunya yang berada di rumah ketika kejadian.

Akibatnya, mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, untuk dirawat di Wad Kecemasan.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...