Selasa, 14 April 2015

SUARA ASEH CHE MAT DAN BUKAN SUARA PESARA ???


PUTRAJAYA 13 April – Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia yang dianggotai oleh 26 persatuan dan kelab pesara kerajaan menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Yayasan Pesara Ke­rajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, kegawatan politik yang berlaku sekarang merupakan perkara biasa bagi setiap pemimpin di negara ini.

Beliau berkata, perkara tersebut turut dialami oleh lima lagi Perdana Menteri negara sebelum ini.


“Biasalah, Tunku (Abdul Rahman Putra Al-Haj), Tun (Abdul) Razak Hussein dan Tun Hussien (Onn) pun ada ujian, Tun Dr. Mahathir (Mohamad) lagi banyak ujian dan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pun ada ujian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...