Isnin, 2 Mac 2015

MENTERI DAN PEMIMPIN NYANYOK MENGHANCURKAN NEGARA ???


Adakah wajar seorang banduan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat?

Sokong  sepenuhnya  teguran/saranan DATUK ZULKIFLI NORDIN, negara akan kehancuran jika masih ada Menteri atau pemimpin yang masih memperjuangkan sikap ‘PAK TURUT’ dan tiada mempunyai pendirian yang tetap serta takut dalam memperjuangkan KEBENARAN.

Nukilan dari KLIK SINI

beberapa pemimpin Kerajaan kelihatan terlalu apologetik dan melatah dengan begitu cepat apabila ada suara sumbang mendesak Anwar dibenarkan hadir sidang Parlimen yang dijadualkan bermula pada 09 Mac ini.

Pelbagai kenyataan dikeluarkan daripada termasuk daripada Timbalan Menteri KDN yang berjanji 'akan mempertimbangkan sebarang permohonan' sehingga kepada Menteri KDN sendiri dengan kenyataan 'akan merujuk kepada Peguam Negara'.

Jelas jawapan yang tidak seragam ini membuktikan tahap melatah yang kronik.


Pada saya desakan sumbang ini wajib ditong-sampahkan sahaja! Tanpa perlu dipertimbangkan langsung! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...