KOTA KINABALU: Seorang anggota tentera yang sedang menyertai misi
bantuan kemanusiaan mengalami kecederaan di bahagian abdomen akibat diserang
ikan todak.
Dia bagaimanapun
terselamat apabila anggota tentera laut yang bertugas di kawasan berhampiran
membawa beliau ke Hospital Duchess of Kent untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Koperal Jain Humjak,
yang juga anggota tentera Rejimen Sempandan yang ditempatkan ditempatkan di
Pulau Tugupil, di bawa ke pada pukul 11.45 pagi Rabu.
Terdahulu, kapal KD Perlis yang berada
di bawah pegawai pemerintah, Leftenan Komander Mohd Firdaus Hassan menerima
panggilan kecemasan pada pukul 1 pagi.
Ketika kejadian kapal tersebut sedang
melakukan pemantauan di kawasan perairan sekitar Pulau Tigabu yang terletak
kira-kira 40 kilometer daripada Pulau Tugupil segera bergegas ke tempat
kejadian untuk membantu mangsa.
Bagaimanapun, sebaik sahaja kapal
berkenaan tiba pada pukul 3.30 pagi, pasukan tentera laut tidak dapat masuk ke
Tugupil kerana air surut dan mereka terpaksa menunggu hingga air pasang pada
pukul 7 pagi.
Selepas itu, baharulah
Koperal Jain di bawa keluar daripada pulau berkenaan dengan menaiki bot
tentera, Barakuda.
"Koperal Jain, yang menggeletar
menahan kesakitan, diberikan rawatan oleh anggota tentera laut yang berada di
atas kapal KD Perlis," kata Komander Tentera Laut Sandakan, Laksamana
Pertama Ahmad Abdullah.
"Mangsa turut mengalami mabuk laut kerana keadaan
laut yang berombak ketika itu. Jain kemudiannya segera di bawa ke Hospital
Sandakan," katanya.
Sempadan Pulau Tugupil terletak kira-kira 90 kilometer
daripada Sandakan.