Khamis, 12 Februari 2015

MB TERENGGANU TAK HADIR KENAPA PULOK ?


Kerajaan negeri merancang untuk mewartakan kawasan itu sebagai tapak warisan dan perlu disegerakan.

Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU)  akan meneruskan Wacana Cakna Rakyat Terenganu, Bukit Besi: Khazanah dan Amanah pada 15 Februari ini walaupun tanpa kehadiran Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Pengarah Wacana Cakna Rakyat Terengganu, Mohd Nurkuzaini Abd Rahman berkata, pihaknya mendapat surat jawapan daripada pejabat Menteri Besar Terengganu menyatakan Razif sebagai pembentang utama tidak dapat hadir ke wacana berkaitan dengan isu perlombongan di Bukit Besi.

Bagaimanapun katanya, wacana tersebut akan diteruskan seperti dijadualkan pada Ahad ini di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah bermula jam 9.30 pagi hingga 1.30 petang.


Perantau tampil mengambil tanggungjawab untuk mencari jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk pembangkang dan akan meneruskan program wacana ini setelah beberapa jemputan lain  mengesahkan jawapan untuk hadir” katanya.

Selain menteri besar sebagai pembentang utama dalam wacana tersebut, dua pembentang lain adalah Datuk Raja Kamarul Baharin, mewakili NGO Nusantara dan Amzad Hashim mewakili NGO Ganti.

Perantau juga sedang menunggu jawapan daripada Umno untuk menjadi pengulas bersama dengan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan, bekas pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Tengku Ismail serta  veteran-veteran Bukit Besi yang turut dijemput bagi memeriahkan program ini. 

Disebabkan tempat yang terhad, pihak sekretariat memohon kepada ahli perantau atau anak Terengganu yang berminat untuk hadir agar menghubungi sekretariat Wacana CRT- Bukit Besi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...